Widget Random Post No.

Karnival Wayang Pacak 1 Malaysia 2014 Negeri Melaka

Bagi warga negeri Melaka dan warga negeri-negeri yang berhampiran mahupun warga negeri-negeri yang lebih jauh, hujung minggu jika anda terfikir-fikir dan masih tercari-cari aktiviti yang hendak dilakukan sama ada bersama-sama keluarga ataupun rakan-rakan, Karnival Wayang Pacak 1 Malaysia 2014 mungkin salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Karnival Wayang Pacak 1Malaysia

Karnival Wayang Pacak 1 Malaysia (KWP1M) akan diadakan pada 16, 17 dan 18 Mei 2014 bertempat di Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang, Tangga Batu Melaka. KWP1M adalah program yang dianjurkan dengan kerjasama beberapa agensi termasuklah Kerajaan Negeri Melaka, FINAS, dan Bernama. Anjuran KWP1M juga adalah seiring dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 (Visit Malaysia Year 2014/VMY 2014).
Pelbagai program akan diadakan antaranya;

  • Uji Bakat Pembaca Berita & Pengacara oleh BERNAMA TV
  • Uji Bakat Pelakon TV & Filem oleh FINAS
  • Uji Bakat Mencari Model Iklan oleh FILMWORKS Entertainmen
  • Daftar Pencarian Kerja bersama Jabatan Tenaga Manusia
  • Pendaftaran sebagai Ahli Pasukan Simpanan bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
  • Pemeriksaan Kesihatan oleh Jabatan Kesihatan
  • Pertandingan Ratu Kebaya
Pertandingan Ratu Kebaya KWP1M

Dan antara selebriti yang akan turut serta dalam program KWP1M termasuk duo pelawak kegemaran ramai kumpulan Jambu, Sofi Jikan dan Roy Gila-Gila Remaja a.k.a Faizal Hussein. Bagi mereka yang berkelapangan, hujung minggu ini boleh bersama-sama memeriahkan KWP1M sambil meluangkan masa bersama keluarga atau sahabat-handai.

p/s: Teringin bertemu Faizal Hussein secara "live". 
Karnival Wayang Pacak 1 Malaysia 2014 Negeri Melaka Karnival Wayang Pacak 1 Malaysia 2014 Negeri Melaka Reviewed by faizalnizam on May 15, 2014 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.