Widget Random Post No.

Isteri Lari Ikut Kekasih | Facebook kah Bersalah?

Dijejaknya melalui Facebook kemudian suaminya ditinggalkan. Saya tertanya-tanya Facebook itukah yang bersalah atau si wanita itu yang bersalah kerana tidak mampu mengawal dirinya?

Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Sumber: MyMetro

Pertama - keluar rumah tanpa izin suaminya.

Kedua - meninggalkan suaminya demi kekasih lama.

Ketiga - tinggal bersekedudukan dengan kekasih lama.

Keempat - menuntut cerai daripada suaminya tanpa sebab yang dibenarkan Syarak.

Tidak dapat dipastikan jika ada sikap suaminya yang menyebabkan si isteri itu bertindak sedemikian. Yang pasti keadaan seperti inilah yang menyebabkan kes cerai-berai di negara kita seakan-akan semakin kritikal.

Institusi perkahwinan seolah-olah menjadi barang mainan - walaupun tidak dinafikan banyak perkahwinan yang kekal elok bahagia tetapi kes-kes seperti ini juga punya kesan yang besar terhadap masyarakat dan keadaan sosial dalam negara. 
Isteri Lari Ikut Kekasih | Facebook kah Bersalah? Isteri Lari Ikut Kekasih | Facebook kah Bersalah? Reviewed by faizalnizam on February 05, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. kalau untuk tinggal bsekedudukan...ade y xkena dgn attitude isteri tadi..tak bfikir scr matang dan mmndang risiko mse akn dtg. apa nasib ank 2 nnti. bila nafsu da kuasai diri...

    ReplyDelete
  2. Memang cari pasal.

    memalukan kaum wanita jerrrr...

    hendaknya dihukum kedua-dua sekali; pasangan kekasih tu.

    tak tau malu.

    Akulah Kekasihmu

    ReplyDelete
  3. ni la terlebih layan facebook...dah kena godaan lelaki...suami sanggup ditinggalkan..

    # # mark zuckerberg berjumpa kembar jesse eisenberg !# #

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.