Pejam celik pejam celik rupa-rupanya kita sudah di hari kedua bulan Julai yang jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari, hari yang mulia dan mengandungi barakah. Jadi saya rasa ada baiknya jika pagi-pagi begini kita renungkan sedikit betapa pentingnya isu Palestin terhadap penyatuan Ummah.
Semenjak tragedi serangan ke atas Mavi Marmara dan Rachel Corrie, umat Islam di seluruh semakin terbuka kesedaran mereka betapa isu Palestin ialah isu umat Islam sejagat bukan sekadar isu orang-orang Palestin dan bangsa Arab semata-semata. Kesan daripada isu Palestin dan ditambah dengan serangan baru-baru ini ialah ia bakal menjadi titik tolak dalam penyatuan ummah.
Maka tidak perlu kita pergi jauh, cukuplah sekadar kita perhatikan dalam konteks negara kita Malaysia. Memandangkan isu Palestin ini bakal membawa kepada penyatuan ummah maka kita orang Islam di Malaysia ini mestilah memulakan dengan bersungguh-sungguh usaha untuk menyatupadukan orang Islam di Malaysia dengan perpaduan dalam erti kata sebenar.
Walaupun kita mungkin berlainan fahaman politik, tetapi itu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak bersatu padu. Sesungguhnya setiap orang Islam itu bersaudara, jadi mengapa perlu kita berbalah dan bermusuh. Jika ada kesilapan atau kesalahan atau khilaf yang dilakukan oleh saudara kita maka kita tegurlah dengan cara berhikmah dan penuh adab. Tidak wajar kita kutuk sana kutuk sini, fitnah sana fitnah sini, sedang kita berpegang dengan Kalimah Syahadah yang sama.
Memetik satu rencana oleh Hasliza Hassan yang tersiar dalam Berita Harian bertarikh 9 Jun 2010:
Picture's credit:
http://fauzanibrahim.wordpress.com/2007/08/04/palestin-menyeru-lagi/

Menghurai lanjut mengenai isu perpecahan di kalangan umat Islam, Dr Sulaiman yang juga Pengerusi Yayasan Dakwah dan Bimbingan Agama terbesar di Makkah berkata, perbezaan pandangan adalah sifat manusia dijadikan Allah.
Sebenarnya, perbezaan pandangan itu adalah cubaan Allah bagi menguji manusia yang berpecah akibat berbeza pendapat untuk kembali bersatu dan caranya perlu difikirkan pihak berkenaan.
Tetapi mengaitkan apa 7yang berlaku di Malaysia di mana perbezaan pandangan menyebabkan timbulnya perbalahan, beliau menekankan, perkara itu tidak sepatutnya terjadi kepada umat Islam di negara ini.
Katanya, sahabat Nabi Muhammad turut berbeza pandangan dalam dalam perkara cabang tetapi mereka tetap menghormati semangat satu sama lain yang inginkan kebenaran seperti terjadi antara Saidina Ali dan Muawiyah.
Sheikh Dr. Sulaiman Al-Saloomi ialah Mufti Masjidilharam, Makkah.
Picture's credit:
http://fauzanibrahim.wordpress.com/2007/08/04/palestin-menyeru-lagi/
Isu Palestin = Penyatuan Ummah
Reviewed by faizalnizam
on
July 02, 2010
Rating:
singgah tuan rumah!
ReplyDeletesuka entri ni. :D
@3379329247823335180.0
ReplyDeletesalam Iktiraf. terima kaseh karena sudi sampai di sini.
mudah-mudahan entri ini jadi pengingat waktu kita terlupa tentang saudara2 kita di sana.