Di dada-dada akhbar, tidak sudah-sudah isu masalah sosial dan kes-kes jenayah. Walaupun statistik menunjukkan terdapatnya penurunan kadar jenayah, masih banyak usaha yang perlu diadakan bagi meneruskan kadar penurunan berkenaan.
Usaha pihak masjid sebagai contoh dalam mengadakan kem ibadah kanak-kanak memang wajar diperbanyakkan. Masjid-masjid seluruh Malaysia sewajarnya sudah ada program seperti ini. Semua masjid bukan sekadar satu dua sahaja.
Maka bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur antara 9 - 11 tahun di sekitar Kuala Lumpur, boleh mendaftarkan anak-anak anda dalam program anjuran Masjid Negara ini. Mudah-mudahan ada kebaikan di kemudian hari.

KUALA LUMPUR: Masjid Negara akan menganjurkan kem ibadah untuk kanak-kanak berumur sembilan hingga 11 tahun selama tiga hari mulai 10 Disember ini.
Program itu yang antara lain mengandungi program riadah berkonsep, bisikan nurani, solat, mutiara iman, anak soleh permata negara dan interaktif, terbuka bagi pelajar perempuan dan lelaki, menurut kenyataan akhbar Masjid Negara Isnin.
Program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertujuan melahirkan generasi yang taat, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang tinggi dalam menghadapi ujian dan cabaran selain melahirkan generasi soleh dan solehah serta cemerlang di dunia dan akhirat, kata kenyataan itu.
Pembimbing program terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi. Yuran penyertaan adalah RM30 seorang, yang tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.
Mereka yang berminat diminta menghubungi urus setia program menerusi talian 03-26937784, Ustaz Naziz di talian 012-6870352 atau Ustaz Nik Reduan di talian 019-2064963.
Maka bagi ibu bapa yang mempunyai anak berumur antara 9 - 11 tahun di sekitar Kuala Lumpur, boleh mendaftarkan anak-anak anda dalam program anjuran Masjid Negara ini. Mudah-mudahan ada kebaikan di kemudian hari.
Kem Ibadah Kanak - Kanak
Reviewed by faizalnizam
on
November 22, 2010
Rating:
No comments:
appreciating your feedback and response!