Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 15 Disember 1959

Segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 15 Disember akan menyingkap perihal sebuah Hospital penting di negara kita. Secara jujurnya saya kurang gemar dengan hospital kerana apabila kita dimasukkan ke hospital, ia adalah refleksi betapa kita tidak mengamalkan cara hidup sihat.

Satu perkara lagi yang saya tidak gemar apabila terpaksa menunggu lama sehingga giliran sampai. Kadang-kala hingga berjam-jam. Orang yang tgh sakit boleh jadi makin sakit, takpun terus sihat sebab menyampah nak menunggu.

Cukup di situ, teruskan membaca untuk mengetahu detik sejarah yan berlaku hari ini.

15 Disember 1959
Pengumuman Penubuhan Hospital Universiti

Pada hari ini 15 Disember 1959, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Ong Yoke Lin telah mengumumkan penubuhan sebuah pusat perubatan yang kemudiannya dikenali sebagai Hospital Universiti.

Langkah menubuhkan pusat kesihatan ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa sebagai sebuah negara yang merdeka, sudah sampai masanya bagi Tanah Melayu melatih dan mengeluarkan kumpulan doktornya sendiri.

Pusat perubatan yang dicadangkan itu berharga $25 juta dan mempunyai 600 buah katil. Sebagai permulaan, sejumlah $554 ribu telah diperuntukkan untuk membeli tanah yang terletak di antara Universiti Malaya dengan
Petaling Jaya sebagai tapak bangunan.

Kerja-kerja menyediakan pelan telah diserahkan kepada syarikat arkitek tempatan dalam tahun 1957. Reka bentuknya adalah berpandukan rekabentuk termoden hospital-hospital di Amerika Syarikat dan Britain.

Pembinaan dibuat secara berperingkat-peringkat dan keseluruhan kompleks dijangka siap dalam masa tiga tahun. Bangunan hospital setinggi enam tingkat itu akan mempunyai 16 unit. Antaranya ialah Blok Wad Utama, Blok Wad Bersalin, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan X-ray, dewan bedah, dispensari dan sebagainya.

Sesungguhnya penubuhan pusat perubatan itu yang telah diumumkan pada hari ini dalam tahun 1959, terus mencatatkan perkembangannya yang tersendiri dalam dunia perubatan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 15 Disember 1959 Hari Ini Dalam Sejarah: 15 Disember 1959 Reviewed by faizalnizam on December 15, 2010 Rating: 5

1 comment:

  1. ehehe.. nice info..hehe.. saya pown kalo bab hospital..sedikit alergi..boring kot tunggu lelama..

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.