Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 17 Disember 1891

Saya baru sedar yang semalam saya terlupa segmen Hari Ini Dalam Sejarah. Jadi kita terlepas edisi 16 Disember. Kita teruskan sahaja dengan edisi 17 Disember. Sejarah yang sudah terlalu lama pasti sukar untuk diingati lagi.

Saya sendiri mesti melayari laman sesawang Arkib Negara menggali sejarah-sejarah itu. Pernahkah kita mendengar berkenaan peristiwa Semantan? Jika kita mahu sifatkan peristiwa Semantan sebagai satu perang kecil, barangkali boleh begitu.

17 Disember 1891
Meletusnya Peristiwa Semantan

Campur tangan Inggeris ke atas Tanah Melayu telah banyak mewujudkan konflik akibat daripada sikap Inggeris yang memperkenalkan beberapa dasar yang bertentangan adat dan budaya orang-orang Melayu. Antaranya wujud penentangan daripada pembesar dan rakyat di atas beberapa tindakan yang di ambil oleh pihak Inggeris.

Pada hari ini 17 Disember dalam tahun 1891, telah meletus insiden Semantan antara pihak Dato' Bahaman dengan pihak Inggeris.

Insiden ini merupakan kemuncak rasa tidak puas hati Dato' Bahaman dan pengikut-ikutnya terhadap pihak Inggeris. Sejak campur tangan Inggeris ke atas Pahang, wujudnya perasaan tidak puas hati di kalangan Pembesar Daerah di atas tidak tanduk pihak Inggeris di Pahang. 

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Tengku Mahmud yang dilantik sebagai Tengku Besar atas usaha Inggeris mengusulkan kepada Sultan memecat Dato' Bahaman dari kedudukannya sebagai Orang Besar Delapan.

Dengan pemecatan itu, Dato' Bahaman hilang kuasa memungut cukai tradisi di daerahnya. Namun begitu beliau tetap meneruskan amalan tersebut. Ekoran daripada itu pada tahun 1889 beliau diperintah mengadap ke Pekan tetapi pendakwaan dibatalkan.

Pihak Inggeris tetap meneruskan usaha menyekat amalan Dato' Bahaman sehinggalah tertangakp tiga orang pengikut beliau. Penangkapan ini dilakukan ketika pegawai-pegawai Inggeris memudiki Sungai Semantan. Dengan penangkapan ini, serangan balas dilakukan oleh Dato' Bahaman maka bermulalah peristiwa Semantan pada hari ini 17.12.1891.

Sumber: Arkib Negara Malaysia  
Hari Ini Dalam Sejarah: 17 Disember 1891 Hari Ini Dalam Sejarah: 17 Disember 1891 Reviewed by faizalnizam on December 17, 2010 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.