Segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 25 Disember, saya ingin membawa sahabat-sabahat sekalian kembali ke tahun 1940 - waktu kita belum merdeka pun tetapi orang Melayu sudah berusaha mendapatkan tempat dalam pentadbiran.
Hari ini jika bercakap soal bangsa, sudah menjadi isu sensitif. Konsep 1 Malaysia itu lain orang lain yang difahamnya. Jika mahu menyalahkan konsep itu seratus peratus pun tidak wajar dan untuk menyalahkan orang memahaminya seratus peratus tidak wajar.
Beginilah, apakata yang penting hari ini, kita semua bangsa - Melayu, Cina, India, dan Bumiputra Sabah Sarawak bersatu pada menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara. Jangan dipersoalkan sangat hak itu dan hak ini. Kita lakukan yang terbaik untuk diri kita dan negara Malaysia.
Jika ada tidak puas hati dan sebagainya, kita refleksikan semasa pilihan raya. Tolonglah, jangan menabur fitnah dan memburukkan peribadi orang lain lebih-lebih lagi sesama Muslim. Biarlah perbezaan pendapat kita, perbezaan yang boleh membawa kepada kemakmuran, keamanan dan kemajuan negara. Bukan perbezaan perdapat yang akan memecahbelahkan kita.
25 Disember 1940
Kongres Melayu Se-Malaya Kedua
Pada hari ini dalam tahun 1940, telah berlangsung Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua yang telah diadakan Singapura.
Kongres selama dua hari ini telah dihadiri oleh 41 orang wakil daripada 11 buah pertubuhan dari negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Singapura, Sarawak dan Brunei.
Antara resolusi yang telah diluluskan pada kongres itu ialah menggesa kerajaan British untuk melibatkan penyertaan orang Melayu dalam sebarang perutusan atau delegasi yang dihantar dari Tanah Melayu serta mendesak agar diwujudkan jawatan Penolong Pengarah Pelajaran Khas untuk orang Melayu.
Selain daripada itu, kongres ini turut menggesa kerajaan British agar meningkatkan peluang kanak-kanak Melayu untuk mendapat pendidikan Inggeris, khasnya dengan meningkatkan had umur bagi memasuki sekolah Inggeris.
Kongres juga meluluskan agar cukai pendapatan yang dikenakan di Negeri-negeri Melayu diselaraskan dengan Negeri-negeri Selat, selain daripada berusaha untuk menyemai semangat bersatu dan semangat kebangsaan Melayu serta berusaha untuk membantu kerajaan British dalam Perang Dunia Kedua.
Berikutan daripada serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan serentak dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, kongres memutuskan agar kongres ketiga yang telah dijadualkan diadakan pada 25 Disember tahun 1941 di Ipoh dibatalkan.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 25 Disember 1940
Reviewed by faizalnizam
on
December 25, 2010
Rating:
![Hari Ini Dalam Sejarah: 25 Disember 1940](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6BlSbdUN3-40XDJHHcV93b_2vsIS0RJ4_b6yjvtYOVG-D5W18LzVt82qZkLCPqwdeh19uyeRhzZva11DYAnUmK4H1iIP5fb6dmFyWVrQukMAV06IjRcPEqZjDI3_EmHFn5TH02qm7ias/s72-c/unity-is-strength.gif)
No comments:
appreciating your feedback and response!