Kalau sekarang kita boleh menonton TV 24/7 dengan pelbagai siaran yang asyik diulangtayang di Astro. Dulu-dulu orang kita dapat menonton setakat 5jam setengah sahaja. Teruskan membaca ya rakan-rakan.
28 Disember 1963
Pelancaran Perkhidmatan TV Malaysia
Pada hari ini 28 Disember dalam tahun 1963, Perkhidmatan Televsiyen Malaysia (TV) telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra bertempat di Studio sementara TV Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal pelancarannya, ia bersiaran lima setengah jam sehari atau 44 jam seminggu dengan tambahan masa siaran pada hujung minggu. 50 peratus daripada rancangan yang disiarkan dibuat secara langsung dari studio manakala selebihnya merupakan filem-filem sumbangan daripada Filem Negara dan lain-lain sumber luar.
Kejayaan kepada pelancaran perkhidmatan ini ialah hasil daripada bantuan daripada Suruhanjaya Penyiaran Kanada kepada kerajaan melalui bantuan teknikal dalam bidang kejuruteraan, latihan, rancangan dan pentadbiran. Sebagai permulaan, penerimaan siaran adalah terhad kepada ibu negara dan kawasan-kawasan berhampiran.
Berikutan itu, mulai tahun 1964 beberapa buah stesen pemancar telah dibina bagi meningkatkan liputan kawasan siaran iaitu di Gunung Kledang, Perak; Gunung Tampin, Negeri Sembilan dan Gunung Jerai, Kedah dan diikuti dengan pemancar di Gunung Pulai, Johor dan Bukit Maxwell, Perak.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah : 28 Disember 1963
Reviewed by faizalnizam
on
December 28, 2010
Rating:
sekarang ni semakin banyak siaran langsung dari studio, agak2 dulu apa siaran studio ni bro?ada mcm MHI tak? he
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeleteaku yakin MHI memangt takde la dulu dulu bro. hahaha.. aku tk dpt bayangkan kalau tahun 63 tu ade MHI. camne la rupa dia agaknya.
bintang RTM kot.. tp tahun 63 takkan la dah ade bintang RTM.. hehehehe.