Saya akan memulakan 3 Disember dengan segmen Hari Ini Dalam Sejarah. Buat mereka yang meminati sejarah saya pasti entri ini menarik minat anda sedikit sebanyak. Bagi yang tidak meminati sejarah, tiada salahnya anda membaca sekadar menambah pengetahuan.
3 Disember merupakan salah satu detik yang menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam negara kita. Mengapa? Hayati perenggan seterusmya dan anda akan tahu mengapa tarikh ini besar maknanya.
3 Disember 1958
Persidangan Belanjawan Terakhir Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan
Pada 3 Disember tahun 1958, telah berlangsung Persidangan Belanjawan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan buat kali yang terakhir. Ini kerana pada tahun 1959 ianya bukan lagi dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan tetapi akan diganti dengan sebuah Parlimen yang mempunyai dua dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Persidangan belanjawan yang terakhir bagi Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Dalam titah ucapan perasmian tersebut Seri Paduka telah menyeru rakyat Persekutuan Tanah Melayu supaya membantu Kerajaan dalam memajukan masyarakat dan negara.
Seri Paduka juga menyentuh tentang kejayaan-kejayaan yang telah dicapai melalui majlis tersebut. Dan apabila ia digantikan dengan Parlimen kelak baginda berharap negara akan mencapai kejayaan lebih besar lagi. Oleh itu baginda sekali lagi menyeru rakyat supaya terus membantu kerajaan dalam memelihara keamanan negeri khususnya dalam membenteras masalah komunis.
Dalam bidang ini juga Menteri kewangan Persekutuan Tanah Melayu Sir Henry H.S. Lee telah membentangkan belanjawan bagi tahun 1959, selepas titah ucapan perasmian oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong itu.
Dengan sidang belanjawan terakhir bagi Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan ini pada hari ini dalam tahun 1958 akan membawa perubahan baru dalam sistem pentadbiran negara di mana dalam tahun 1959 Parlimen akan diwujudkan bagi menggantikan majlis tersebut.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 3 Disember 1958
Reviewed by faizalnizam
on
December 03, 2010
Rating:
No comments:
appreciating your feedback and response!