Pengembaraan merentas dunia dengan motosikal berkuasa tinggi mungkin sesuatu yang lebih mudah untuk diterima ajal tetapi bukanlah mustahil jika keyakinan ada pada kita. Sedangkan dengan basikal pun ada manusia yang boleh merentas dunia.
6 bulan jelajah dunia tunggang motosikal kapcai
Oleh Rashidi Karim
2010/12/16
Jurutera selamat pulang kembara 24 negara
PADANG BESAR: ‘Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih’. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi Syed Ahmad Abdul Hadi Syed Hussien, 39, yang mencipta kelainan selepas berjaya mengharungi cabaran mengelilingi dunia secara solo dengan menunggang motosikal kapcai Modenas 128cc.
Beliau memulakan perjalanan menjelajah dunia dari Kuala Lumpur pada 24 April lalu dan mengakhiri misi sejauh 30,000 kilometer dengan merentasi beberapa benua sebelum tiba di London, pada 24 Oktober lalu.
"Saya berasa puas," itulah ungkapan pertamanya sebaik menjejakkan kaki di tanah air bersama motosikalnya berhampiran pintu sempadan Perlis-Thailand, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Ketibaan Syed Ahmad yang juga seorang jurutera dan chef terlatih disambut Kelab Motosikal Beseri yang menunggu di pintu sempadan.
Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, pelbagai cabaran ditempuhi selama enam bulan merentasi 24 negara dengan menunggang motosikal kapcai berkuasa rendah sebagai menyahut cabaran Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib.
"Ramai beranggapan perjalanan mengelilingi dunia ini kerja gila berikutan kenderaan digunakan jenis kapcai dan mungkin membawa masalah ketika dalam perjalanan. Namun, saya dapat membuktikan dan berjaya sampai ke destinasi dituju serta selamat pulang ke tanah air,” katanya.
Katanya, beliau terpaksa menghadapi pelbagai masalah termasuk berdepan penyeluk saku ketika misi perjalanan tiba di India, selain terpaksa mengharungi cuaca melampau termasuk panas, sejuk dan bersalji.
"Bayangkan saya terpaksa mengharungi pahit maung ketika merentasi laluan setinggi 5,486 meter dari paras laut dalam keadaan cuaca begitu sejuk sebelum tiba di sebuah perkampungan di pergunungan di Balucistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan.
"Selain disoal siasat anggota keselamatan di negara berkenaan, saya terpaksa bermalam di balai polis yang dilalui di situ bagi menjaga keselamatan berikutan kawasan terbabit amat berbahaya untuk orang asing berjalan pada waktu malam,” katanya.
Syed Ahmad berkata, misi perjalanan itu merentasi beberapa negara Asia, termasuk Thailand, Nepal, India, Asia Barat dan menghabiskan masa beberapa hari di sekitar Jerman, sebelum meneruskan perjalanan peringkat akhir menuju London.
Berita Harian Online
Jelajah Dunia Dengan Modenas 128 CC
Reviewed by faizalnizam
on
December 16, 2010
Rating:
x ramai yg sahut cabaran camni..sbb x ramai yg ad tahap kecekalan yg tinggi, walaupun nmpak mcm x ad faedah bw moto jalan2..haha..tapi hakikat sbnrnya bnyak ilmu..makin bnyak kita keluar dari tmpurung, makin bnyak ilmu kita dpt..haha ad ke peribahasa tu??
ReplyDeleteTHANKS SEBAB KOMEN KAT BLOG ALIENELLIZ!!!..=)
owh, modenas ni bagus ke? tak rosak ke? hehe tak tahu nak komen apa pasal motor2 ni..
ReplyDeletewah. hebat. tp kenapa macy xtau cerita ni. errr
ReplyDelete@alienelliz
ReplyDeletebetul tu. sangat sangat setuju. mengembara salah satu kaedah berkesan untuk tambah ilmu dan pengalaman. dapat pulak tgk tempat orang. samada berani dengan tak berani buat je :)
@ain zulaikha
motor ni ok je. cuma org tak yakin sgt la motor yang cc rendah boleh rentas dunia. tp brader tu buktikan memang boleh pun. hehehehe.
@macy
memang hebat brader ni.
saya pun baru tahu pagi tadi cik macy. hehehe.
sebelum aku sahut jelajah dunia..Malaysia ni pun tak habis jelajah lagi huhu..nak jelajah guna basikal ok tak bro?
ReplyDelete@tengkorakemas
ReplyDeleteguna basikal pun nice bro. jelajah malaysia dulu. aku ada terpikir gak. kalau ko nak buat projek jelajah malaysia naik basikal. inform aku. aku nak join :)
@Fyzal
ReplyDeletecantik! dah ada 2 0rg dah nak jelajah guna basikal, sape lagi nak? orait, ni salah satu impian aku ni, kumpul duit dulu hehe kalau ada tajaan ok gak bro