Entri ini patut disiarkan pagi-pagi tadi tetapi tidak berkesempatan. Petang-petang begini seperti tiada "feel" politik sebenarnya tetapi tidak mengapalah, saya siarkan juga.
Ura-ura tentang Zaid Ibrahim mahu mengadakan parti politik baru nampaknya seperti dalam proses menjadi kenyataan. Tidak elok juga jika terus memperkecilkan parti baru ini, tetapi kita lihatlah nanti bagaimana parti ini mampu bertapak dan bertahan dalam arena politik Malaysia.
Bertapak mungkin tiada masalah, tetapi bertahan itu saya tidak pasti sejauh mana kemampuan parti baru ini. Tetapi tidak mengapa, beri peluang kepada parti baru ini untuk menunjukkan kemampuan mereka.
Perhatikan betul-betul ayat ini - ". . . dan bertanding pada pilihan raya umum di kawasan yang kita boleh menang".
Maksudnya jika tiada kawasan yang boleh menang, parti ini tidak akan bertanding. Jadi ada kemungkinankah parti ini akan bertanding di mana-mana kawasan?
p/s: Nama partinya seolah-olah bersifat sedikit retorik.

AKIM jadi KITA, Zaid jadi presiden
PETALING JAYA: Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) kini ditukar namanya kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dengan Datuk Zaid Ibrahim dilantik sebagai presiden baru.
Perubahan itu turut membabitkan perubahan logo dan perlembagaan.
Zaid berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai perlembagaan baru dan ahli baru yang akan menyertai parti itu termasuk dari Sabah dan Sarawak pada 19 Januari depan.
"Saya beri jaminan parti KITA akan jadi parti yang berperngaruh dan bertanding pada pilihan raya umum di kawasan yang kita boleh menang," katanya.
Berita Harian Online
Perhatikan betul-betul ayat ini - ". . . dan bertanding pada pilihan raya umum di kawasan yang kita boleh menang".
Maksudnya jika tiada kawasan yang boleh menang, parti ini tidak akan bertanding. Jadi ada kemungkinankah parti ini akan bertanding di mana-mana kawasan?
p/s: Nama partinya seolah-olah bersifat sedikit retorik.
"Kesejahteraan Insan Tanah Air" Itu Rupanya Nama Parti Politik Baru
Reviewed by faizalnizam
on
December 15, 2010
Rating:
hurm .
ReplyDeletekalo ade parti baru , xde follower x gune gak .
tapi , kalo ade follower parti x de hala tuju lagi x gune . :D
@ika
ReplyDeletei like your comment. kita tgk la camne parti tu. saya pun kurang keyakinan dengan hala tuju nya.
saya tak reti sangat pasal politik ni..
ReplyDelete@ain zulaikha
ReplyDeleteit's okay cik ain. sekadar jadi pemerhati biasa-biasa pun sudah memadai :) yang penting bila dah boleh mengundi nanti, jgn lupa utk mengundi ye :D
er..Parti Tengkorak Emas ok tak?siap ada bendera tengkorak lagi..XD
ReplyDeletebukan boleh terus naik je..dorang kena daptkan kepercayan dulu..jadi mari kita perhatikan sejauh mana kebolehpercayaan parti ni..
@tengkorakemas
ReplyDeletekalau ada Parti Tengkorak Emas, aku nak join ye bro. hahaha.
aku pun memang nk tgk sgt sejauh mana parti ni boleh pergi, ke setakat boleh capai level macam semangat 46 je.
huhu...baru aku tau mksud kita tu..huhu...tapi aku rasa nt PRU dorg akan gabung ngn BN...
ReplyDelete@afendi othman
ReplyDeletetapi nak ke BN join venture balik dengan Zaid Ibrahim.. itu yg kita taktau. aku rasa last sekali parti KITA tu terkontang kanting gak sendiri-sendiri.
tp kalau KITA tu join BN, aku rasa BN ke laut kot.hurmm.. tk sabar nk tunggu next election bro. hehehe.