Widget Random Post No.

Mainan Faktor Menarik Kanak-Kanak Mahukan Makanan Segera

Satu berita yang menarik perhatian saya pagi ini.Waktu entri ini ditulis jam pada monitor adalah 9.32 pagi. Berita ini menarik kerana ia adalah respon kepada laporan AFP semalam berkenaan seorang ibu yang menyaman McDonald kerana mendakwa permainan yang diberikan bersama Happy Meals secara tidak adil mengumpan kanak-kanak mengambil makanan tidak sihat.

Mainan ini tiada di McD. Harap maaf.
Henti guna mainan pikat pembeli
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
2010/12/17

FOMCA gesa kerajaan gubal akta kawal promosi restoran makanan segera

KUALA LUMPUR: Negara ini tidak mempunyai undang-undang khusus untuk mengambil tindakan ke atas syarikat makanan segera yang menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan bagi menarik pembeli terutama kanak-kanak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe, berkata undang-undang yang sedia ada hanya boleh dikuatkuasakan ke atas syarikat yang gagal menyediakan hadiah promosi seperti diiklankan.

“Ketika ini belum wujud lagi akta khusus bagi membolehkan tindakan diambil terhadap syarikat atau restoran makanan yang mengeksploitasikan kanak-kanak bagi melariskan jualan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Beliau mengulas laporan agensi berita asing AFP berhubung tindakan ibu kepada dua anak di California, Amerika Syarikat menyaman sebuah syarikat makanan segera terkenal yang didakwa menawarkan alat permainan kanak-kanak sebagai promosi bersama set hidangan kanak-kanak.

Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan kerajaan supaya menggubal akta untuk mengharamkan syarikat makanan segera daripada menggunakan permainan bagi menarik pengguna khususnya kanak-kanak mendapatkan produk mereka.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, tindakan syarikat menggunakan teknik pemasaran secara agresif dengan menjadikan permainan termasuk iklan yang mengeksploitasi kanak-kanak perlu dihentikan.

“Umum mengetahui makanan segera tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana mengandungi gula, garam dan lemak tinggi. Jadi kita berharap syarikat makanan segera tidak menjadikan kanak-kanak sebagai alat untuk mengaut keuntungan, ” katanya.

Berita Harian Online
Mainan Faktor Menarik Kanak-Kanak Mahukan Makanan Segera Mainan Faktor Menarik Kanak-Kanak Mahukan Makanan Segera Reviewed by faizalnizam on December 17, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. Teringat zaman kanak2 dulu selalu beli jajan sebab nak dapat mainan dalamnye

    ReplyDelete
  2. lukisan tu buat sdri ke

    ReplyDelete
  3. @tengkorakemas
    haaa.. bro.. ko sebut pasal tu.. aku pun teringat gak.. ko ingat TORA tak bro? hahaha.. aku biasa beli benda tu kecik2 dulu.

    @anonymous
    yerp... conteng2 sendiri je utk seronok2.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.