Saya akan bersetuju jika ada seseorang mengatakan negara kita sebuah negara yang sangat murah hati kepada warga asing. Lihat sahaja lambakan pekerja-pekerja Bangladesh, Pakistan dan Indonesia yang mencari rezeki di negara kita.
Pada saya tidak ada masalah jika mereka masuk secara sah serta bekerja dan mencari rezeki secara yang elok dan betul. Satu perkara lagi mendapat ruang untuk bekerja di Malaysia sudah cukup baik dan jangan nak minta macam-macam pula.
Saya sedikit marah apabila membaca berita ini. Jika pembantu rumah tinggal berasingan, lebih baik jangan dipanggil pembantu rumah.

PAPA anggap syor Indonesia mengarut
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) menyifatkan cadangan Indonesia melaksanakan peraturan baru berkaitan pembantu rumah dengan menetapkan warganya hanya bekerja mengikut tempoh tertentu dan tidak tinggal bersama majikan seperti sekarang adalah tidak berasas.
Presidennya, Alwi Bavutty berkata, tujuan menggaji pembantu rumah adalah untuk bekerja dengan majikan di rumah dan tidak sepatutnya tinggal di luar.
“Malah, permit pembantu rumah juga dikeluarkan atas nama majikan tetapi diuruskan agensi pembantu rumah saja dan agensi hanya membantu jika ada masalah. Pembantu rumah terletak di bawah tanggungjawab majikan dan cadangan pembantu rumah tinggal berasingan adalah tidak wajar,” katanya.
Berita Harian Online
Sudah Diberi Peluang Kerja, Nak Macam-Macam Pula
Reviewed by faizalnizam
on
December 14, 2010
Rating:
No comments:
appreciating your feedback and response!