Widget Random Post No.

Dengan Mata Yang Separuh Tertutup

Hari pertama pun sudah terasa sukar. Saya cuma berharap saya mampu mengharung satu tahun sebagai pelajar LL.B (Hons) dengan tabah, sabar dan penuh kekuatan.

Office mates dan firm mates semua tiada masalah. Saya gembira untuk belajar dan bekerjasama bersama-sama mereka. Ia sesuatu yang hebat untuk melalui cabaran begini cuma saya bimbang akan ada wantu-waktu yang mungkin saya akan berasa dalam keadaan sukar yang amat sangat.

Naik turun tangga untuk ke kelas dan ke office memang sungguh memenatkan, malah kelas hari ini tamat pada jam 8 malam. Saya menulis entri ini dalam keadaan mata separuh tertutup. Dan saya akan terus tidur sebaik sahaja saya publish entry.

Maaf kerana buat beberapa ketika saya memang tidak punya banyak masa untuk ke blog rakan-rakan blogger sekalian. Jika hujung minggu saya punya kelapangan, saya akan membaca entri-entri rakan-rakan sekalian dan mengikut perkembangan kalian.

Saya perlu bertarung satu tahun ini.. Sukar tetapi perjuangan mesti terus!
Dengan Mata Yang Separuh Tertutup Dengan Mata Yang Separuh Tertutup Reviewed by faizalnizam on January 05, 2011 Rating: 5

9 comments:

  1. Aisey, dr zaman aku belajar kat sana sampai skg diorg masih tak buat lif? Kedekut tol law fakulti neh... nampaknya ko kena tumpang lif kat fakulti bisnes tu... tapi hati2 sebab lif tu suka makan org...hehehe

    ReplyDelete
  2. mcm mana suasananya ye bro..fuh office and firm mates..adakah suasananya sentiasa serius?

    p/s:sori bro aku tak online beberapa hari ni, nak design apa?

    ReplyDelete
  3. @jo qusary
    hahaha.. aku belasah naik tangga gak. tp penat la sikit. mungkin kalau dah lama sikit nanti, immune la dengan tangga tu.. hehehe.

    @tengkorakemas
    memang macam ofis betul bro. tp takda la sentiasa serius.. hahaha.. ada la melawak-melawak sikit kalau ada kesempatan :D

    @therosputih
    terima kasih kawan :)

    ReplyDelete
  4. huhu~ its ok ,
    take ur time!!!
    gud luck!!!

    ReplyDelete
  5. Berapa tingkat bangunan ko tu? Takpe. Ko kan fit. Lepas ni makin fit la. Hahaha.

    Selamat menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  6. the infamous 'man-eating' elevator at the business and administration faculty.

    yeah.

    every uitm law students know of its urban legend story.

    creepy dowh!

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.