Widget Random Post No.

Biar Menekan Tetapi Gembira

Sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat lagi memikirkan soal trafik ke blog ini. Komitmen saya telah banyak berubah - yang sudah tentu keadaan ini adalah demi masa depan. Untuk mengikuti perkembangan semasa pun sudah sedikit sukar.

Sekarang ada kesusahan-kesusahan tersendiri. Ada masanya saya sedikit goyah. Jalan yang dilalui sekarang bukan mudah. Ia bukan hanya tentang kerja. Ia adalah tentang segala-galanya. Segala-galanya. Dan ia tidak mudah.

Saya mahu setahun ini, walau menekan tetapi menggembirakan. Saya tidak mahu mana-mana pihak berkecil atau terasa hati kerana perjuangan kita sama. Maaf atas khilaf. Kadangkala saya tidak sedar saya melakukan sesuatu yang tidak molek.

Saya mahu hari-hari yang pergi - rasanya manis bukan hari-hari yang sifatnya seperti sembilu mengguris hati. Saya mahu semua orang, jika boleh, sentiasa berasa gembira. Kesilapan tidak lepas tetapi kemaafan bisa saya hulurkan.

Ini kenangan yang akan disimpan. Lama. Mungkin selamanya. Kekal. Sentiasa akan ada dalam ingatan dan jiwa. Yang mahu disimpan sudah pastinya yang elok-elok. Barangkali keadaan sudah terang dan kita ada keluarga yang mahu sama-sama berjaya dan gembira.
Biar Menekan Tetapi Gembira Biar Menekan Tetapi Gembira Reviewed by faizalnizam on January 28, 2011 Rating: 5

1 comment:

  1. tak pe..yg penting ikhlas..
    kalau kita asyik fikirkan nak tingkatkan trafik lama2 kita akan jemu....

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Powered by Blogger.