Dalam ruang dunia blog ini - blogger menulis atas pelbagai sebab dan apabila bercakap tentang "entri yang hebat", saya percaya ia sesuatu yang sangat subjektif - kerana definisi "entri hebat" sudah pasti berbeza antara satu blogger ke blogger lain dan antara satu pembaca ke pembaca yang lain.
Ada yang berpendapat entri-entri tentang tips-tips berblog, meningkatkan trafik dan menjana pendapat melalui blog sebagai "entri hebat". Kerana entri seperti ini memberi info untuk blogger-blogger terus berblog dan berusaha dalam cara mereka sendiri.
Yang lain pula barangkali berasa entri-entri tentang ulasan isu-isu sosial, ekonomi dan politik sebagai hebat. Sesetengah entri tentang sosial, ekonomi dan politik sangat "provocative in nature". Ada yang berasa kerana sifat yang provokatif itu menyebabkan ia adalah "entri hebat".
Peminat bola pula - entri-entri tentang pasukan mereka adalah "entri hebat". Cerita-cerita bola sepak - perpindahan pemain, keputusan perlawanan, ulasan perlawanan adalah "entri hebat" pada mata mereka.
Saya tidak melihat sesuatu itu entri itu tidak bagus hanya kerana sifatnya yang terlalu santai. Ya memang tidak dapat dinafikan ada entri yang langsung tidak memberi kesan kepada pembaca. Seorang blogger tidak mungkin akan selalu mampu menulis entri yang menarik, informatif dan seumpama dengannya.
Barangkali entri-entri biasa yang bercerita hal hidup seharian pun ada pengajaran dalam caranya yang tersendiri. Tetapi saya secara peribadi berpendapat "entri hebat" adalah entri yang bukan sekadar punya informasi tetapi ada pemikiran di dalamnya.
Entri yang cuba membawa kita melihat sesuatu perkara dalam perspektif yang berbeza tetapi bukanlah hingga ke tahap terlalu provokatif dan menyalahkan sesuatu pihak tertentu. Bukan semua orang boleh menulis entri yang baik tetapi jika berusaha, apalah yang mustahil dalam dunia ini.

Apa Itu Entri Hebat?
Reviewed by faizalnizam
on
February 17, 2011
Rating:

bukan senang nak buat entri yg org boleh kata hebat. betul la tu. hebat tu terlalu subjektif utk dinilai. sekali dpt buat hebat, memang terkesanla.
ReplyDeleteEntri Terkini : Aku Dan Dilusi Yang Celaka
semua orang ada minat tersendiri..
ReplyDeletesebenarnya susah nak memuaskan semua org dgn entry kite..
tapi bole jugak buat.contoh, macam set satu target audience utk entry kite
@antudegil
ReplyDeleteada sesetengah orang yang semulajadi "genius" dan "talented" mmg dpt tulis entri hebat. tapi usaha banyak boleh membawa kepada penghasilan entri hebat.
@gaban
aku setuju. itu satu alternatif yg baik.
lain dari yg lain jgk entry ko ni? entry dalam entry.. hehe
ReplyDeletelatihan berterusan boleh meningkatkan kehebatan dalam menulis, try and error :)
ReplyDeletep/s:bro, apa cerita letterhead?
sy setuju..
ReplyDeletebenar kata kamO..
setiap individu punyai kaca mata yg berbeza utk melihat Or menilai sesuatu..
sume tuh subjektif.. ;)
huhu..bakat tersendiri..stiap orang cara dia lain2..macam apik ni x pandai nk gunakan ayat..hehe
ReplyDeletedla suke blog yg ade lukis2..pndek kate idea tu mmg ori dr beliau..tp dla ni x memilih sgt, baca je sume, kalo rajin dla komen..hehe
ReplyDelete