Widget Random Post No.

Banjir Ragut 3 Nyawa, 54 637 Mangsa Sudah Dipindahkan

Lima negeri - Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah sedang dilanda banjir. Ribuan penduduk sudah dipindahkan. Banjir di lima negeri barangkali agak membimbangkan kerana sudah meragut 3 nyawa.

Dua mangsa yang mati di Johor, ditemui lemas selepas kenderaan yang mereka dinaiki dihanyutkan arus deras, masing-masing di Chaah, Labis dan Kampung Rahmat, dekat Kulaijaya, malam kelmarin.

Dalam kejadian di Labis, Rohani Ismail, 51, mati lemas apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu suaminya, Abdul Latif Isnin, 53, dihanyutkan arus deras sehingga ke kawasan kebun sawit sejauh 20 meter sebelum tersangkut pada pokok sawit ketika memperlahankan kereta di Kilometer 145 Jalan Labis-Johor Bahru kerana mengekori sebuah kenderaan lain.

Seorang lagi mangsa, Aw Yoke Lim, 53, lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya dihanyutkan air deras dan terhumban ke dalam sungai di Kampung Rahmat, di Kulaijaya.

Sumber: Berita Harian Online

Dalam keadaan begini, kita harapkan penduduk-penduduk di kesemua lima negeri dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dalam keadaan banjir tersebut. Jika ada arahan keselamatan daripada pihak bertanggungjawab, patuhi seadanya. Supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti kematian.

Ibu bapa mesti memerhatikan anak-anak. Jangan biarkan mereka bermain dengan banjir. Banjir ini bukan perkara main-main. Bukan boleh dibawa bersuka-suka takut padah pula yang menimpa.

Semoga tidak ada lagi kehilangan nyawa oleh keadaan banjir sekarang. Diharapkan pihak berkuasa dapat bertindak dengan lebih proaktif menghulurkan bantuan dan memindahkan penduduk-penduduk yang sedang menjadi mangsa banjir sekarang.
Banjir Ragut 3 Nyawa, 54 637 Mangsa Sudah Dipindahkan Banjir Ragut 3 Nyawa, 54 637 Mangsa Sudah Dipindahkan Reviewed by faizalnizam on February 01, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. nis dah puas main banjir semalam
    best22
    hehe

    ReplyDelete
  2. hmmm....kesian dorang..nasib baik sekarang cti..macam mana lah nak balik segamat nanti...i belajar kat uitm 2.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.