Widget Random Post No.

Kegiatan "Bar Korek" | 13 GRO Diberkas | GRO Warga Asing

Siapa kata kebejatan sosial dalam negara kita berpunca daripada orang tempatan sahaja. Mereka yang tidak tempatan turut sama menyumbang kepada membusukkan nama negara. Masalah sosial memang di mana-mana bagai tersangat sukar untuk dibanteras.

KELANA JAYA: Kegiatan ‘bar korek’ atau ‘ringan-ringan’ di sebuah pusat hiburan karaoke dan kafe di Taman Bukit Mayang Emas, dekat sini, semakin berani dengan terus menjalankan perniagaan haram itu walaupun diserbu polis beberapa kali.

Bagi tahun ini saja, premis yang tidak mempunyai lesen itu sudah dua kali diserbu dan ini tidak termasuk serbuan pada tahun sebelumnya.

Pelayan pelanggan (GRO) pusat hiburan terbabit pula semuanya terdiri daripada wanita warga asing berusia 20 hingga 32 tahun dan mereka turut dikesan menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 untuk sekali perkhidmatan.

Sumber: MyMetro

Barangkali ada wajarnya dihantar semua warga asing balik ke negara masing-masing - itu kalau betul-betul mahu bersandarkan pada rasa marah. Kita tahu bukan semua warga asing buat kerja tidak elok begitu, tetapi apabila ada yang buat terasa mahu salahkan semua sekali.
Kegiatan "Bar Korek" | 13 GRO Diberkas | GRO Warga Asing Kegiatan "Bar Korek" | 13 GRO Diberkas | GRO Warga Asing Reviewed by faizalnizam on February 03, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.