Sedang dalam musim peperiksaan. Dan aku tidak gemarkannya. Aku kongsikan sedikit ilmu undang-undang jenayah yang sedang aku tuntut sekarang, manalah tau jika ada yang berminat untuk mengetahuinya secara superficial.
[barangkali sebenarnya tidak ramai yang berminat untuk mengetahui perkara sebegini]
Kalau kamu ditangkap tanpa waran oleh seorang anggota polis, kamu pastikan tangkapan yang dilakukan oleh polis itu memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Seksyen 23 Kanun Acara Jenayah (Criminal Procedure Code).
Kalau kamu ditangkap oleh seorang private person, pastikan tangkapan itu memenuhi syarat-syarat yang terdapat dalam Seksyen 27 Kanun Acara Jenayah. Juga rujuk kes Public Prosecutor v Sam Hong Choy [1995] 4 MLJ 121. [kes ini mendefinisikan maksud "in his view" yang terdapat dalam Seksyen 27 berkenaan kerana tangkapan oleh "private person" tidak boleh dilakukan sewenang-sewanangnya dan terbatas kepada satu peraturan yang ketat]
Jika syarat untuk melakukan tangkapan tidak sempurna, maka barangkali kamu boleh cuba mengambil tindakan on the ground of unlawful arrest. Ini adalah hak kamu kerana tangkapan yang salah akan menyebabkan seseorang berasa malu dan maruahnya diperkecilkan.
Jika tangkapan sah samada di bawah Seksyen 23 atau 27, hak kamu belum hilang kerana di bawah Seksyen 28A, ia menyatakan tentang rights of person arrested. Kamu mesti diberitahu sebab kamu ditangkap dan kamu mempunyai hak untuk consult legal practitioner yang kamu kehendaki.
[aku memang tidak boleh jadi pensyarah sebab aku memang foul dalam bab mengajar]
Ini entri yang boring. Serius boring. Kalau kamu dapati informasi ini berguna, sebarkan supaya kita tahu hak kita jika ditangkap. Kerana kadang-kala sering terjadi orang yang tidak bersalah tidak ditangkap dalam mana-mana bahagian di dunia ini.

Exam Exam:: Arrest | Section 23, 27 and 28A CPC
Reviewed by faizalnizam
on
April 23, 2011
Rating:
ang ni lawak la.tetiba jd lecturer....apa kata ang cerita pasai charge ngn jurisdiction.....aku bngap gila 2 bnda ni...
ReplyDeletekeh3 bro, aku ada juga belajar tangkapan tapi enakmen jenayah syariahla, lebih kurang sama juga :)
ReplyDeleteoh good luck bro, malam ni MU main :D
ReplyDelete