Widget Random Post No.

Cuti Panjang Tetapi "Udara" UiTM Shah Alam Tetap Sama

Walaupun cuti semester hingga hampir 4 bulan, tetapi UiTM Shah Alam seolah-olah sama sahaja. Tempat parking tetap penuh, kereta dan motosikal banyak seperti biasa [mungkin kurang sedikit sebenarnya]. Budak-budaknya tetap agak ramai juga - Asasi dan Short Course students.

Aku pula dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang terperuk di Resource Centre Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam sebagai research assistant. Kerja masih banyak lagi tetapi aku tidak bisa  melakukannya dengan pantas kerana "checking and editing" buku yang telah diterjemahkan bukan kerja mudah. Nampak senang tapi tidak sangat sebenarnya.


Cuti lama-lama, jika tidak buat apa-apa akan "berkarat" nanti. Bayarannya memang tidak begitu lumayan tetapi pengalaman dan pengisian masa sekurang-sekurang sesuatu yang bermanfaat. Dan sekurang-kurangnya aku sentiasa dalam ruangan akademik yang sedikit sebanyak memberi inspirasi untuk terus belajar perkara-perkara lain.

Aku yakin kawan-kawan lain juga pasti sedang sibuk bekerja atau sedang berusaha mendapatkan kerja. Ah, degree holder pun susah nak mendapatkan kerja sekarang. Aku tidak berniat membincangkan masalah pengangguran atau kurangnya peluang pekerjaan dalam sektor awam atau "demand" kelayakan yang terlalu tinggi oleh sektor swasta.

Hidup adalah perjuangan [falsafah yang barangkali semua orang sudah mengerti]

[p/s: cuti masih panjang dan gaji pun lambat lagi nak masuk]
Cuti Panjang Tetapi "Udara" UiTM Shah Alam Tetap Sama Cuti Panjang Tetapi "Udara" UiTM Shah Alam Tetap Sama Reviewed by faizalnizam on June 14, 2011 Rating: 5

9 comments:

  1. teruskan bro, research pasal apa?memang boleh berkarat, so paling tidak buku kena dibaca huhu

    p/s:aku check muet semalam, dapat band 4 daa..thanks sebab ingatkan aku daftar muet haha

    ReplyDelete
  2. ko study UITM shah alam rupanya.. ko knal x Diyana? hehe member aku dia study sana jgk..

    p/s=ko jwb je kt chatbos aku nnt

    ReplyDelete
  3. faizal, ko jd RA sp? gj 1k kn? ok la 2..

    ReplyDelete
  4. @tengkorakemas
    kerja-kerja aku pasal data protection and freedom of information. menarik jugak la brother sebab undang-undang ni baru dan sedang nak diperkenalkan kat negara kita ni.

    p/s: band 4 tu bro. nice dah tu. aku pun band 4 gak dulu. kalau ada rezeki nanti bro sambung la ijazah sarjana muda undang-undang.

    @nick irfan
    aah shah alam bro.

    @anonymous
    siapalah anonymous ni.. hehehe.. yg pasti ko member aku tp aku tatau nama ko. aku kerja dengan Puan Siti Hajar. lebih kurang 1K la. boleh la.

    ReplyDelete
  5. yeee .cuti kalau tak dinikmati jadi rugi :)

    ReplyDelete
  6. nama dia Diyana Sejati bt aku xthu tp dia bkn awek aku yer kwn2 jer.. sj tanya klu ko knal ke?

    ReplyDelete
  7. @mida midot
    hahaha.. cuti kalau tak buat apa. kepala boleh tepu wow..

    @nick irfan
    aku tak kenal kot bro. kalau budak law maybe kenal. itu pun kalau same batch dengan aku.

    ReplyDelete
  8. faizal, misteri x aku ni??? hahahaha

    ReplyDelete
  9. @anonymous
    ko memang misteri lah. aku harap ko meng "reveal" kan diri ko.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.