Kalau tidak silap dua minggu lepas aku pergi menonton filem Karak. Agak mengecewakan sebenarnya dari aspek jalan cerita walaupun ramai yang mengakui dari aspek kesan khas, memang kerja KRU antara yang terbaik.
Tetapi aku bukan mahu bercerita atau rebiu filem Karak. Aku lebih tertarik dengan satu berita yang aku baca pagi ini - tentang seorang bomoh saka yang kalah saman. Walaupun namanya bomoh tetapi tetap takkan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.
Ceritanya apabila seorang bomoh saka tidak mengubati bapa si pemohon dalam tuntutan tersebut tetapi wang sebanyak RM19,500 sudah dibayar secara ansuran.
Hal-hal saka ini memang biasa atau normal kita dengar dalam masyarakat Melayu kita walaupun dalam zaman serba moden sekarang. Tetapi apabila hal-hal berubat, biarlah cari tempat yang betul atau berjumpa dengan orang yang betul-betul sudah diketahui reputasinya dalam bidang perubatan alternatif.
Benda ghaib ini memang ada, cuma bagi golongan skeptik mereka tidak akan percaya selagi belum tengok dengan mata kepala sendiri. Itu terpulanglah. Walau bagaimanapun jangan pula sampai terjebak dalam amalan khurafat yang menyesatkan.
[p/s: Scene-scene akhir dalam Karak terutamanya bahagian yang perempuan tu baca Ayat Kursi dalam terjemahan, not bad lah]

“Ketika itu, saya dan dua lagi adik, diberitahu oleh Zakaria yang 12 saka menghuni dalam tubuh bapa kami, menyebabkan beliau mengalami masalah kesihatan
ketika itu.
[sumber:berita harian]
Hal-hal saka ini memang biasa atau normal kita dengar dalam masyarakat Melayu kita walaupun dalam zaman serba moden sekarang. Tetapi apabila hal-hal berubat, biarlah cari tempat yang betul atau berjumpa dengan orang yang betul-betul sudah diketahui reputasinya dalam bidang perubatan alternatif.
Benda ghaib ini memang ada, cuma bagi golongan skeptik mereka tidak akan percaya selagi belum tengok dengan mata kepala sendiri. Itu terpulanglah. Walau bagaimanapun jangan pula sampai terjebak dalam amalan khurafat yang menyesatkan.
[p/s: Scene-scene akhir dalam Karak terutamanya bahagian yang perempuan tu baca Ayat Kursi dalam terjemahan, not bad lah]
Konon 12 Saka Dalam Badan | Bomoh Saka Kalah Saman
Reviewed by faizalnizam
on
June 10, 2011
Rating:
No one is above the law... including bomohs...
ReplyDelete