Perjanjian Perikatan Anglo-Portugis 1373 | Perjanjian Tertua Yang Masih Berkuatkuasa Hingga Sekarang
Setiap hari sejarah dicipta. Samada ia sesuatu yang hebat atau tidak, samada ia sesuatu yang baik atau tidak - itu merupakan satu isu yang lain jika mahu dijadikan polemik. 13 Jun dan kita sudah di pertengahan Jun 2011.
13 Jun 1373. Perjanjian Perikatan Anglo-Portugis [Anglo-Portuguese Treaty of Alliance] dikatakan sebagai perjanjian perikatan paling tua di dunia kerana perjanjian ini masih berkuatkuasa pada waktu ini sejak ditandatangai pada tahun 1373.
Perjanjian perikatan ini adalah antara England (kini diteruskan oleh United Kingdom) dan Portugal. Secara asasnya kita boleh memahami bahawa sesuatu perjanjian perikatan ditandatangani supaya kedua-dua negara boleh bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.
Maka telah dipersetujui yang pemanah-pemanah Inggeris akan ke Portugal untuk menghalang serangan dari Castile. Pada Ogos 1385, orang-orang Portugis dengan bantuan pemanah-pemanah Inggeris berjaya mengalahkan pencerobohan oleh tentera Castilian yang jumlahnya melebihi jumlah mereka semasa Perang Aljubarrota.
Kepentingan-kepentingan dan kesan-kesan perjanjian ini juga tampak jelas dalam abad-abad ke 17 dan 19 juga dalam zaman moden hari ini.
Sebagai contoh pada awal abad ke 18, Perancis mengisytiharkan perang terhadap Inggeris dan memaksa Portugal menutup pelabuhannya kepada orang-orang Inggeris. Portugal membalas dengan menyertai British dan Belanda sebagai sekutu menentang Sepanyol dan Perancis.
[sumber: the anglo-portuguese society]

Reviewed by faizalnizam
on
June 13, 2011
Rating:

No comments:
appreciating your feedback and response!