Widget Random Post No.

Live Update: Wes Brom v Man Utd | Full Time 1-2

Rembatan kencang Ashley Young yang mengenai kaki S.Reid menjadikan kedudukan 2-1 hingga tamat permainan. Dan kemenangan pertama dalam perlawanan pertama Liga Perdana musim 2011/2012 selepas merangkul Perisai Komuniti.

Rooney membuka jaringan pada minit ke-13. Long menyamakan kedudukan pada minit ke-36 dan rembatan kenyang Young mengenai kaki Reid lalu menerjah masuk gawang Wes Brom pada minit ke-81, United menjadi pasukan ketiga menang perlawanan liga bagi minggu pertama ini selepas Bolton dan Wolves.

Berbatov yang masuk menggantikan Welbeck masih belum menunjukkan belangnya selepas terlalu banyak cakap-cakap tentang pemergiannya dari Old Trafford tetapi dia masih bersama Red Devils.

Tumpuan mungkin pada David de Gea kerana kegagalannya menahan rembatan Long, tetapi kualiti seorang penjaga gol tidak wajar diukur dari beberapa perlawanan yang baru dilaluinya. Sedangkan nama besar seperti Chech, Casillas, Buffon, Van der Sar dan Schmeichel sendiri melakukan kesilapan.
Live Update: Wes Brom v Man Utd | Full Time 1-2 Live Update: Wes Brom v Man Utd | Full Time 1-2 Reviewed by faizalnizam on August 15, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. haha mu dah tunjuk taring.. aku sbg gooner dah goyang lutut~

    ReplyDelete
  2. yeahhhh~~~ glory2 man utd....

    p/s; yup aku uitm... ko uitm gak ke?

    ReplyDelete
  3. ::saiazuan::
    hahaha.. releks bro. masih awal lagi.

    ::rudy::
    GGMU!

    p/s:yerp uitm gak aku ni.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.