Widget Random Post No.

Tech: Web Browser Pertama

Web browser yang pertama atau browser-editor - dikenali sebagai WorldWideWeb yang ditulis oleh Tim Berners-LEe pada tahun 1999. Maksudnya WorldWideWeb ialah perisian web browser yang pertama yang kemudian namanya ditukar kepada Nexus untuk mengelakkan kekeliruan antara program itu sendiri dengan ruang maklumat abstrak (iaitu World Wide Wide atau www yang digunakan sekarang).

Walau bagaimanapun web browser pertama yang digunakan secara meluas ialah NCSA Mosaic. Pasukan yang menghasilkan Mosaic kemudiannya mencipta web browser komersial yang dikenali sebagai Netscape Navigator, kemudian dikenali sebagai Communicator, kemudian dinamakan semula sebagai Netscape.

Hari ini di tangan kita terdapat pelbagai browser yang boleh kita pilih mengikut kesukaan kita. Firefox, Opera, Chrome, IE (sekadar menyebut beberapa browser) memudahkan kita mencari dan mencapai pelbagai maklumat. Aku tidak punya ilmu mendalam tentang komputer tetapi berkongsi sedikit hal sejarah teknologi sebegini adalah jalan untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin kita terlepas pandang.

Jika tiada yang pertama, mana mungkin akan wujud browser-browser canggih seperti sekarang bukan?

Sumber: 
W3.Org
LivingInternet




Tech: Web Browser Pertama Tech: Web Browser Pertama Reviewed by faizalnizam on January 30, 2012 Rating: 5

1 comment:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.