Widget Random Post No.

Crime: Telan 75 Kondom Berisi Dadah

Apa sahaja dilakukan untuk mengedar dadah/membawa dadah ke Malaysia. Dadah di simpan dalam bungkusan kecil iaitu kondom dan kemudian ditelan, bukan 10 tetapi 75 ketulan kecil kondom. Aku tak dapat bayang orang sanggup telan kondom.


SEPANG: Kastam Diraja Malaysia terpaksa mengambil masa beberapa hari sebelum 75 ketulan kecil kondom berisi dadah jenis syabu dalam perut seorang lelaki warga Nigeria dapat dikeluarkan menerusi pembuangan najis.

Sehingga pagi semalam, suspek berusia 27 tahun yang diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu ketika menaiki penerbangan dari Lagos-Doha-KLIA diletak di bawah pengawasan Hospital Serdang, sudah mengeluarkan 35 ketulan, masing-masing seberat 15 gram. 

Sumber: Berita Harian Online

Masalah dadah dalam negara kita Malaysia ini bukan benda kecil. Sebab dadah bangsa rosak. Tambah lagi yang ramainya menyalahgunakan dadah ialah golongan remaja yang sepatutnya jadi tonggak agama bangsa negara untuk masa hadapan. Jadi kalau kita sebagai rakyat nak menyumbang kepada pembasmian gejala salah guna dadah ini, cara termudah ialah kalau ada maklumat teruskan salurkan pihak berkuasa seperti PDRM, Kastam dan AADK.
Crime: Telan 75 Kondom Berisi Dadah Crime: Telan 75 Kondom Berisi Dadah Reviewed by faizalnizam on February 12, 2012 Rating: 5

2 comments:

  1. bos saya kata,saya ni pelaris durex

    kongasam

    ok lari topik.

    ReplyDelete
  2. wahh...macam mana lah dia telan sampai berpuluh2
    dasyat


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.