Widget Random Post No.

Tech: Ibu Bapa Persoal Pengguna Ipad 2 di Sekolah

River Valley High School di Singapura membuat rancangan supaya semua 2800 pelajar dan guru di sekolah itu menggunakan Ipad 2 bagi proses pengajaran dan pelajaran.

Keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah itu menimbulkan kemarahan di kalangan ibu bapa. Sekaligus menyebabkan pertengkaran berlaku antara sebahagian ibu bapa pelajar dengan pihak berkuasa sekolah.


Antara isu yang menimbulkan kebimbangan sebahagian ibu bapa ialah dari aspek kemampuan untuk membeli Ipad tersebut. Jika rancangan ini diteruskan secara menyeluruh ada kemungkinan terdapat pelajar yang keciciran dalam pelajaran kerana tidak mempunyai Ipad mereka sendiri.

Kebimbangan lain ialah samada berapa banyak yang pelajar-pelajar boleh pelajari dengan penggunaan Ipad berbanding dengan buku teks. Ibu bapa juga bimbang pelajar-pelajar akan lebih cenderung dengan permainan dalam Ipad, bukannya dengan pelajaran.

Kebimbangan-kebimbangan ini ada benarnya. Aku percaya ada sesetengah perkara perlu kekal dengan keadaan "old school"nya. Penggunaan buku teks tidak perlu diganti dengan Ipad dan ditambah baik dengan penggunaan Ipad kerana selama ini telah terbukti penggunaan buku teks dan bahan-bahan akademik lain tanpa Ipad masih mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

Lagi pula bukan semua ibu bapa mampu untuk membeli device berkenaan untuk anak-anak mereka.Walaupun ini berlaku di Singapura, kita kena peduli kerana ia mungkin merebak. Aku harap tiada ada mana-mana sekolah di Malaysia yang mahu mengeluarkan idea seperti ini.

Sumber: AsiaOne Edvantage and The New Paper
Tech: Ibu Bapa Persoal Pengguna Ipad 2 di Sekolah Tech: Ibu Bapa Persoal Pengguna Ipad 2 di Sekolah Reviewed by faizalnizam on February 05, 2012 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.