Bahaya merokok memang diketahui ramai, tetapi bagi perokok tegar bukan mudah untuk berhenti (boleh sebenarnya). Perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh perokok untuk mengurangkan bahasa kesan asap rokok ialah mengelak daripada merokok berhampiran dengan kanak-kanak.
England merancang untuk mengharamkan perbuatan merokok di dalam kenderaan yang di dalamnya terdapat kanak-kanak berusia kurang daripada 18 tahun. Perbuatan tersebut akan menjadi satu perbuatan yang salah di sisi undang-undang England jika cadangan untuk berbuat demikian dipersetujui melalui undian ahli Parlimen England.
Menurut British Lung Foundation, lebih 430,000 kanak-kanak terdedah kepada "secondhand smoke" setiap seminggu semasa berada dalam kenderaan keluarga. Ini adalah satu angka yang memberi kebimbangan besar di England dalam aspek kesihatan kanak-kanak dan golongan muda.
Sekiranya cadangan tersebut direalisasikan pada penghujung tahun depan, England akan menjadi negara kedua yang mengharamkan perbuatan yang sedemikian selepas Cyprus melakukannya. Kerajaan Wales sedang merancang untuk melakukan perkara yang sama selepas England melaksanakannya nanti. Perancis juga sedang mempertimbangkan tindakan yang sama.

![]() |
Image: Phys Org |

Malaysia bila lagi?
Haramkan Merokok Dalam Kenderaan Yang Terdapat Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun
Reviewed by faizalnizam
on
December 17, 2014
Rating:
![Haramkan Merokok Dalam Kenderaan Yang Terdapat Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQA-YBupMW3_9yRXit_HpN8z-8vbpHUmYSYD3UKL7AoSPUdJIJtm_Qbk2Kq6cfuN8WXokCFiIPB2mRS2K9Xb5xyG50opYjH-drtty6Um_r74ld09gXTNF_b7q_lObaZ0ED3B_F3mcz4IU/s72-c/No+Smoke+in+Car.jpg)
No comments:
appreciating your feedback and response!