Widget Random Post No.

Sudah Dua Bulan Blog Menyepi

As-Salam pembaca yang budiman. Jika saudara-saudari skrol ke bawah blog ini, tulisan/kemaskini blog saya yang terakhir adalah pada penghujung September 2014. Sudah dua bulan blog ini bersawang tiada perkembangan positif. Sejak berhenti bekerja dengan sebuah badan berkanun untuk menyertai seorang sahabat sebagai rakan kongsi dalam firma guaman-nya, saya semakin kesuntukan masa untuk menulis dan mengemaskini blog ini

Barangkali itu adalah salah satu antara banyak alasan yang saya cuba ketengahkan - sebab lain adalah idea. Idea untuk mengemaskini blog sejak akhir-akhir sangat sukar untuk diperoleh. Kadang-kala apabila idea datang, saya tangguhkan hingga idea itu terbang menghilang entah ke mana.

Saya juga sudah kurang mengikuti perkembangan terbaru yang berlaku di kalangan para blogger terutamanya para blogger yang sentiasa disebut-disebut dan dipuja-puja. Saya juga sudah kurang membaca entri di blog blogger-blogger lain dan juga semakin kurang rajin menulis komen dan berkongsi pendapat

Bulan Disember 2014, insyaAllah akan berlaku perubahan besar dalam kehidupan saya dan saya akan kongsikan apabila perubahan itu telah berlaku tidak lama lagi. Dan dengan kedatangan 2015 yang tidak berapa lama lagi saya menyimpan azam untuk rajin-rajin kembali menulis dan  mengemaskini blog ini. Makanya, anggaplah entri ini sebagai entri "pemanas badan". Kata orang blog adalah platform yang sudah ketinggalan zaman terutamanya dengan kemunculan Twitter. Tetapi untuk menulis dengan panjang lebar dan menyampaikan idea pendapat pandangan dalam bentuk "penghuraian", blog adalah jalannya (selain buku dan surat khabar).

Salam akhir 2014.
Sudah Dua Bulan Blog Menyepi Sudah Dua Bulan Blog Menyepi Reviewed by faizalnizam on December 04, 2014 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.