![]() |
Image Credit: Fibon Berhad |
Terbaru seorang lelaki ahli perniagaan berumur 33 tahun mengalami kerugian RM3.4 juta selepas membeli emas melalui Facebook. Menurut Supt. Ee Khong Koy iaitu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, ahli perniagaan tersebut mula berurusan dengan sebuah syarikat yang menjual emas sekitar September 2014 dengan jaminan keuntungan yang lumayan.
Walau bagaimanapun, sejak 9 Januari lalu barulah mangsa menyedari bahawa beliau telah ditipu kerana syarikat tersebut tidak dapat dihubungi lagi. Pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, EE Khong Koy memberitahu bahawa semasa mangsa berurusan dengan syarikat tersebut pada peringkat awal, tiada sebarang masalah yang timbul.
Dan mangsa telah mengajak ahli keluarga dan rakan-rakanya unutk turut sama membeli emas daripada syarikat tersebut kerana jaminan keuntungan yang lumayan yang dijanjikan oleh syarikat itu. Malangnya tiada emas yang diterima oleh mereka selepas pembayaran dibuat kepada syarikat berkenaan. Menurut Ee Khong Koy lagi, syarikat emas berkenaan mempunyai ramai ejen jualan emas di seluruh negara. Nama mangsa-mangsa dan nama syarikat berkenaan masih belum didedahkan oleh pihak polis.
Laman sosial memang sebuah ruang yang penuh dengan tarikan (dan penipuan). Jika sesuatu perkara itu terlalu bagus untuk dipercayai (too good to be true), adalah lebih baik dikaji terlebih dahulu dan dapatkan pendapat orang lain sebelum membuat keputusan untuk menyertai sesuatu perniagaan dan/atau skim pelaburan.
Semoga kes/kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Memang semua orang mahu kekayaan, kemewahan dan kesenangan tetapi jika disertai dengan ketamakan, dibimbangi akan membawa bencana, bukan sahaja kepada diri kita sendiri malah kepada keluarga kita.
Sumber berita: Utusan Online
Incoming Search:
lelaki ditipu syarikat emas rugi RM3.4 juta, ahli perniagaan rugi RM3.4 juta beli emas facebook, rugi 3.4 juta ringgit malaysia beli emas di facebook, penipuan emas melalui facebook, syarikat emas tipu pembeli melalui facebook, bahaya beli emas melalui laman sosial, bahaya beli emas melalui facebook, jual beli emas di malaysia, jual beli emas melalui facebook, syarikat emas penipu, syarikat emas tipu pelanggan, tidak terima emas selepas pembayaran, rugi 3.4 juta selepas pembayaran untuk beli emas
Ahli Perniagaan Kerugian RM3.4 Juta Ditipu Beli Emas Melalui Facebook
Reviewed by faizalnizam
on
January 15, 2015
Rating:
![Ahli Perniagaan Kerugian RM3.4 Juta Ditipu Beli Emas Melalui Facebook](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLqBEy6CG5j-xw3Jgp5QjYrhtF5Is5tUgr0-Ah_KnxO0DDCRBxcA9sfJvAiuGhP2UqjaHXwyxIhd_gr6guTqXR-GOydqrEyhVGzqr1DPIhzMgy5ER1ZKkAXS6PzCP6A4r0mSDa70Dr-MA/s72-c/gold-bars-india.jpg)
mudah mudahan ia jadi pengajaran kepada kita dan masyarakat.
ReplyDelete