Widget Random Post No.

Kerajaan Malaysia Lancar Skim MyDeposit

As-Salam para pembaca baik. Benda yang elok kita sokong dan sebar-sebarkan tidak kisah sama ada hal itu daripada belah pihak Kerajaan ataupun dari belah pihak Pembangkang. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah lancarkan satu skim bagi membantu rakyat Malaysia membayar deposit baju tujuan pembelian rumah. Skim tersebut dikenali sebagai SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA atau ringkasnya MyDeposit.


LATAR BELAKANG

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah. Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6 April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.

SYARAT DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit

KPKT akan melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
  • Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
  • Pendapatan kasar RM10,000 dan ke bawah sebulan. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
  • Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
  • Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.

KRITERIA PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN

Pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti berikut :

  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.

DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
  • Salinan surat pengesahan majikan.
  • Salinan penyata gaji terbaru.
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
  • Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.

MUAT TURUN MEKANISME PELAKSANAAN SKIM PEMBIAYAAN DEPOSIT RUMAH PERTAMA 
PENDAFTARAN BARU MyDeposit KLIK DI SINI 

Untuk maklumat lanjut, terus berhubung dengan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di:

Cawangan Pengurusan Perumahan( MyDeposit )
- 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460

Melalui emel
- mydeposit@kpkt.gov.my 
Kerajaan Malaysia Lancar Skim MyDeposit Kerajaan Malaysia Lancar Skim MyDeposit Reviewed by faizalnizam on April 08, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Hmhm sulit tak kalau nak daftar. Takut saye... kalau sudah daftar ternyate sama pihak sane dipersulit

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.