Widget Random Post No.

Black And White Contest

Assalamualaikum fellas. Salam Ramadan dan salam 1 Malaysia. :D I'm back on my feet, but still not fully recovered. Masih berlawan dengan hidung yang kurang selesa dan kepala yang sekejap okay sekejap pening-pening lalat.

Terima kaseh kepada kawan-kawan blogger yang mendoakan kesihatan saya. Kebaikan dan kemurahan hati kalian amat saya hargai. Moga-moga Allah jualah yang membalas kemuliaan kalian semua. Memandangkan kesihatan yang kurang memberangsangkan 2, 3 hari lepas, maka satu hari puasa sudah "burn".

Orait, dengan "come back" ini buat julung-julung kalinya saya akan join satu contest kerana saya telah di tag oleh my best blogger buddy - bro Hasrul atau lebih dikenali dengan panggilan glamernya "Tengkorak Emas". Orang putih sebut "Golden Skull".

Contest ini dinamai "Black & White Contest". Contest ini adalah anjuran bro Syam, tuan punya blog kisahcreativeheart.
Cara-cara menyertai contest ini - lihat di bawah - yang saya rembat daripada blog Tengkorak Emas.

Contest yang diberi nama BLACK AND WHITE CONTEST ini memang mudah untuk disertai kerana syarat-syaratnya tidak begitu ketat. Anda hanya perlu menangkap gambar anda sendiri dan pastikan gambar itu dalam bentuk Black and White.

Kemudian, letak banner di atas di bahagian sidebar blog dan jadi follower Syam. Bila dah buat entri berkenaan contest tu, jangan lupa letak link blog di bahagian komen entri blog beliau.

Akhir sekali, tag at least one person. Dan pastikan orang yang ditag tahu, Mudah bukan? Joinla di sini.

Credit: Bro Tengkorak Emas

Maka, di bawah inilah gambar yang saya pertaruhkan ! Jangan gelak okay. :)

Patriotism

p/s: Ada gaya ahli politik tak? :) 


Aku dengan ini menge tag buddy aku, bro Adrian.
Black And White Contest Black And White Contest Reviewed by faizalnizam on August 29, 2010 Rating: 5

7 comments:

  1. haha...angkat tangan lipat satu jari...memang politician punya gaya!

    ReplyDelete
  2. Pic itu sesuai dengan hari MERDEKA...!

    ReplyDelete
  3. boleh la jadi orang politik nanti..hehe...

    ReplyDelete
  4. wah bro! smart2 ^____^

    memang ada gaya ahli politik, dan juga ahli sejarah, ni macam tengah bagi ceramah pasal betapa pentingnya kemerdekaan negara kita :)

    good luck bro! :)

    p/s: what a spectacular goal by berbatov :D

    ReplyDelete
  5. pergh ini gerenti bole jadi wakil parlimen...hehe

    ReplyDelete
  6. wahh..macam ahli politik dah ni..xde nampak macam lawyer pon..haha..get well soon..

    ReplyDelete
  7. hahaha...gambar masa depan perdana menteri ni..hahaha...ol the best in the contest :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.