Barangkali entri ini sedikit lambat sebab siang hari saya sibuk dengan urusan buku kerana esok akan ada ujian Civil Family Law. Walau bagaimanapun saya tidak akan meninggalkan segmen Hari Ini Dalam Sejarah begitu sahaja.
Walau agak terlewat, kita tetap akan renungkan sedikit salah satu sejarah yang pernah berlaku tanggal 22 Ogos.
22 Ogos 1953
Kertas Biru (Blue Print) Persidangan Kebangsaan Malaya Dikeluarkan
Pada hari ini dalam tahun 1953, satu rangka rancangan untuk perubahan Perlembagaan Persekutuan telah dikeluarkan. Rangka rancangan tersebut adalah hasil daripada rumusan-rumusan Jawatankuasa Kerja Persidangan Kebangsaan Malaya yang dianjurkan oleh Menteri-Menteri Besar Persekutuan Tanah Melayu.
Di dalam rangka rancangan itu terdapat empat syor yang utama sebagai langkah-langkah ke arah penubuhan pemerintahan kerajaan sendiri.
Antara langkah-langkah yang disyorkan itu ialah:
1. Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu tidak lewat daripada tahun 1956. Sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang besar dengan ahli dilantik seramai 90 orang akan diadakan pada 1hb. Februari 1954. Kerusi-kerusi di dalam majlis tersebut dibahagikan mengikut sempadan politik dan penduduk, dan
2. Sebuah Majlis Undangan Persekutuan yang hanya orang-orang yang ada surat pengesahan sahaja akan mendapat kerusi sebagai langkah ke arah penyusunan kerajaan berjemaah menteri.
Dalam usaha untuk membesar dan menyusun semula Majlis Perundangan Persekutuan sementara menantikan pilihanraya, maka Jawatankuasa Kerja Persidangan Kebangsaan Malaya telah mencadangkan beberapa perkara:
1. Di antaranya mengadakan pilihanraya peringkat negeri selewat-lewatnya pada akhir tahun 1955 dan diikuti pilihanraya persekutuan, dan
2. Penubuhan badan pengelola pilihanraya dan mengekalkan jumlah ahli tidak rasmi Majlis Perundangan.
Rangka rancangan yang dikeluarkan itu disahkan di dalam masyuarat penuh Persidangan Kebangsaan Malaya yang diadakan pada 30hb. Ogos 1953. Jawatankuasa Kerja yang merangka rancangan tersebut terdiri daripada 18 orang ahli dengan diketuai oleh Menteri Besar Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

Hari Ini Dalam Sejarah: 22 Ogos 1953
Reviewed by faizalnizam
on
August 22, 2010
Rating:
bg sesiapa yg tak tau katne nak cari info mcm ni..boleh ke blog bro :)
ReplyDeletethanks for sharing info :)
Lets see Man Utd vs Fulham! GGMU!
gud luck future lawyer
ReplyDelete=]
during my school time,history was my favourite subject...i love it so much n i always got A....hu3
ReplyDelete@7203604224856252018.0
ReplyDeleteno problem bro. gald to share the good info. :)
@7313269850949474074.0
ReplyDeletethanks syahira
@5985212109735340169.0
ReplyDeletethat's good bro. :)