Semalam saya tidak berkesempatan "publish" segmen Hari Ini Dalam Sejarah edisi 24 Ogos kerana sedikit sibuk dengan tugasan-tugasan universiti. Maka tiadalah edisi 24 Ogos dan kita akan terus menjengah salah satu peristiwa yang pernah berlaku hari ini - 25 Ogos.
25 Ogos 1957
Gerakan Menentang Komunis Terbesar
Pada 25 Ogos dalam tahun 1957, 2000 orang penduduk Tanjung Malim telah mengadakan satu gerakan menentang komunis. Gerakan menentang komunis yang terbesar pernah diadakan di Tanah Melayu ini telah dimulakan sejak awal pagi 25 Ogos 1957.
Dua ribu orang awam tersebut telah memasuki hutan belantara dan menyerbu 5 orang pengganas komunis yang masih tinggal dalam kawasan hutan Tanjung Malim.
Manakalan di ruang udara, sebuag kapal terbang yang mempunyai alat pembesar suara yang dapat didengar sehingga 4 batu jauh telah digunakan bagi mengarah pengganas-pengganas komunis keluar menyerah diri.
Gerakan menentang komunis ini diadakan selama 4 jam bermula jam 9.00 pagi dan hutan belantara yang mereka masuki itu seluas 30,000 ela persegi. Kebanyakan orang awam yang menyertai gerakan ini ialah anggota-anggota Jawatankuasa Rakyat Setia Tanjung Malim.
Semasa orang awam meredah hutan ini mereka dilindungi oleh askar-askar dari Batalion ke-5 Askar Melayu serta 13 unit Pasukan Polis Persekutuan serta tentera udara.
Sesungguhnya gerakan rakyat menentang komunis pada hari ini dalam tahun 1957 tersebut merupakan satu perpaduan dan kerjasama semua pihak untuk membantu kerajaan membanteras komunis.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
p/s: Bagaimana pula dengan kita hari ini? Apakah yang kita tentang dalam konteks kehidupan kita pada hari ini dalam mempertahan diri, agama, bangsa dan negara? Apakah kita merdeka dalam erti kata sebenar sehingga kita rasakan tiada apa-apa yang kita harus lawan lagi? Jawapannya pada tangan anda sendiri.

Hari Ini Dalam Sejarah: 25 Ogos 1957
Reviewed by faizalnizam
on
August 25, 2010
Rating:
sebab rakyat skang da hidup senang mkin lama mkin lupa sejarah dulu2.. nice info..
ReplyDelete@4614757598869284631.0
ReplyDeletebetul tu .. jadi sempena Merdeka 53, marilah kita sama-sama menyemarakkan semangat patriotik!
fuh semangat aku baca mengenai operasi penentangan ni..kadang kita sebenarnya masih dijajah dari segi pemikiran..
ReplyDelete@1143607212503862309.0
ReplyDeleteaku pun semangat masa post entri ni bro.
patriotisme tu rasa membuak buak dalam jiwa. :)
memang betul bro. pemikiran kita masih dijajah.
benda ni yang mesti kita usahakan untuk berubah.
@Fyzal
ReplyDeleteye moga kita dapat berubah sedikit demi sedikit, aku bab lagu2 barat and filem still tak boleh lepas lagi..