Widget Random Post No.

Hari Kedua Puasa Tahun Ini

Syukur ke Hadrat Ilahi yang mengizinkan diri ini menempuh hari kedua puasa dengan baik. Hari ini lepak sahaja di rumah sebab tiada kelas. Maka dapatlah melakukan dan menyiapkan beberapa kerja yang memang perlu sangat diselesaikan.

Setelah dua hari berpuasa ini saya sedar satu perkara - makan sedikit pun saya sudah kenyang. Pergi ke bazzar petang tadi dengan Afiq, saya cuma membeli kuih limas (atau dikenali sebagai tepung pelita di Selangor ini), sebungkus mi rebus dan puding coklat.

Apabila tiba waktu berbuka, makan 5 ketul kuih limas dan segelas air pun sudah membuat saya terasa kenyang. Memang betul sebelum waktu berbuka, macam-macam kita nak, tapi apabila sudah berbuka, barangkali minum 2 gelas air dan 2,3 bijik kurma pun sudah boleh buat kita kenyang.

Malam ini berpeluang ke Masjid Negeri. Memang ramai sungguh orang di sana. Meriah dan mengkagumkan. Umat Islam berpusu-pusu demi beribadat kepada-Nya dan mengaharapkan rahmat dan kasih sayang daripada-Nya di bulan yang mulia ini.

Moga-moga keadaan sesak di rumah Allah begitu akan berkekalan hingga hujung Ramadan malah biarlah dalam bulan-bulan seterusnya pun begitu keadaannya.

Buat kawan-kawan blogger dan pembaca-pembaca blog sekalian, selamat meneruskan puasa. Moga-moga kita sentiasa diberi kesihatan dan kemudahan dalam menjalankan ibadah yang fardhu ini. :)
p/s: Jangan lupa niat puasa ya kawan-kawan. :D
Hari Kedua Puasa Tahun Ini Hari Kedua Puasa Tahun Ini Reviewed by faizalnizam on August 12, 2010 Rating: 5

8 comments:

  1. dah niat dah hehe

    memang masa puasa mcm2 kita nak, tapi bila berbuka makan sikit dah kenyang..sebab tu kena berpada-pada utk elakkan pembaziran..

    so mcm ne masjid negeri bro?imam ekspres ke imam yg jaga tajwid sume?

    ReplyDelete
  2. moga ramadhan tahun nih yang terbaik ^__^



    Aiz latest entry
    Tangkap basah di kem PLKN pada bulan puase

    ReplyDelete
  3. semoga berlipat kali ganda pahala bulan ini :)

    ReplyDelete
  4. @1113768202287721409.0

    masjid negeri memang best bro. imam memang jaga tajwid baek punya. :)

    ReplyDelete
  5. @7799445799449682789.0

    InsyaAllah, Aiz. Thanks.

    ReplyDelete
  6. @1900397779846170754.0

    Harapnye begitulah. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  7. setiap kali awal bulan puasa akan terjadi insiden nafsu terlebih beli mknan
    tahun ni dah insaf.. :p

    ReplyDelete
  8. @6642716297406018587.0

    sama la kita bro. pasni takboleh beli banyak2 dah.

    sekadar nya sahaja. :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.