Widget Random Post No.

Saya Tidak Ke Mana Mana

Rindu bukanlah satu perkara yang biasa saya peroleh. Mungkin dulu-dulu tapi sekarang tidak lagi. Atas dasar itu saya tidak berasakan ada mana-mana pihak yang akan berasa kehilangan hanya kerana saya tidak menulis sesuatu yang baru di blog ini.

Walau bagaimanapun saya tetap menyanjung kebaikan kalian yang maseh sanggup meluangkan sedikit masa singgah di sini atau sekurang-kurang sekadar lalu tanpa membaca.

Saya tidak mahu kehilangan nikmat dan keseronokan menulis blog. Oleh hal yang sedemikian saya berasa cukup jika ada sekadar beberapa orang yang sedia membaca satu-satu entri saya hingga habis dan berasa impak daripada entri itu. ( Jika entri itu sifatnya untuk memberi impak).

Alhamdulillah saya sudah sembuh daripada selsema. Cuma maseh ada sedikit batuk-batuk kecil. Badan sudah tidak berasa lemah lagi dan "mood" ialah "mood" balik kampung dan raya. Sabtu 4 September 1145 pagi saya akan bertolak dari Shah Alam untuk pulang Gerik.

Jika anda tidak tahu Gerik di mana, cukuplah jika anda pernah membaca berita kes Al-Maunah satu ketika dulu. Maka anda akan tahu di mana letak duduknya Gerik itu. Saya sentiasa seronok tinggal di Gerik. Tiada kilang tiada pusat membeli belah tidak kesesakan lalu lintas tiada kemarahan akibat menuggu lama dalam kereta.

Jika kamu mahu lari daripada hiruk pikuk kota besar, mungkin kamu memilih Gerik sebagai tempat mencari tenang. :)

p/s: Doakan saya selamat sampai ke Gerik.
Saya Tidak Ke Mana Mana Saya Tidak Ke Mana Mana Reviewed by faizalnizam on September 04, 2010 Rating: 5

11 comments:

  1. rindu bro nak baca entri..tapi takkan nak cakap kot..muahaha

    oh baru nak tanya kg katne, gerik rupanya..hati2 balik kg bro, naik ape?semoga selamat dan dipermudahkan perjalanan..

    ReplyDelete
  2. insyalh selamat smapai..jeli dekat je dgn gerik..dulu aku selalu je lalu gerik dari kelantan nak ke kedah...

    ReplyDelete
  3. Aminn moga selamat pulang ke kampung utk beraya bersama keluarga.

    Anak Kak Azie pun balik dari Shah Alam pada 4hb juga.

    Gerik. Tak pernah pegi, tapi my sisters memang ada tinggal di sana. Sungguh aman tak sesak, dan begitu asli kampung value nya. Tingin nak pegi.

    ReplyDelete
  4. da sembuh selsema bole le raya dgn happy..

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri..moga perjalanan selamat tiba di Gerik....

    ReplyDelete
  6. pernah lalu Gerik...memang masih hijau dan tenang...ada juga member dok Gerik....apapun semoga sampai dengan selamat

    ReplyDelete
  7. wah..dah ada pon...slamat2 dalam perjalanan hendaknnya

    ReplyDelete
  8. Salam bro.
    Hehe. Dah sampai Gerik ke belum?

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.