Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 5 Disember 1974

Saya baru sedar ada satu perkara yang saya lupa lakukan hari ini - segmen Hari Ini Dalam Sejarah. Mujur saya cepat memgingatinya sebelum masuk 6 Disember.

Maka seperti biasa, kita akan imbau salah satu sejarah negara yang berlaku tanggal 5 Disember.

Buat pelajar - pelajar UiTM seluruh negara, tarikh 5 Disember mungkin salah satu tarikh yang kita mahu ingat kerana pada hari ini dalam tahun 1974 ITM diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.


5 Disember 1974
ITM Di Bawah Kementerian Pelajaran

Institut Teknologi MARA memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan khususnya untuk bumiputra di negara ini.  Dengan adanya institut ini, ramai pekerja khususnya golongan profesional lahir daripada Institut Pengajian MARA.

Pada hari ini 5 Disember 1974, ke arah memberi keberkesanan pengurusan serta pembelajaran Institut Teknologi MARA, Menteri Pelajaran Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan mulai tahun 1975, ITM akan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah dijalankan ini bertepatan dengan peranan Kementerian Pendidikan yang bertanggungjawab secara langsung ke atas sistem pelajaran di negara ini. 

Ianya juga bagi menjamin supaya perjalanan ITM selaras dengan perkembangan dasar pelajaran kebangsaan tanpa menjejaskan tujuan asal penubuhannya.

Diharap dengan terletaknya ITM di bawah Kementerian Pelajaran akan menjadikan ITM lebih berkesan lagi dalam melahirkan tenaga profesional dari kalangan bumiputera kerana Kementerian Pendidikan mempunyai segala kepakaran dalam bidang pelajaran serta pentadbiran.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 5 Disember 1974 Hari Ini Dalam Sejarah: 5 Disember 1974 Reviewed by faizalnizam on December 05, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. ~bangga jadi warga UiTM..~
    ~yeah...!!!~

    ReplyDelete
  2. bru aku thu dh! thnkz dpt jgk info kat sini...

    ReplyDelete
  3. @hafiz
    yerp.. betul3x

    @nick irfan
    no problem bro :)

    @rossoneri
    yerp .. i'm uitm student.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.