Widget Random Post No.

Hari Ini Dalam Sejarah: 8 Disember 1941

Segmen Hari Ini Dalam Sejarah kembali seperti biasa. Alhamdulillah, cuti-cuti begini ada kelapangan, jadi segmen Hari Ini Dalam Sejarah akan muncul setiap hari sepanjang Disember ini.

Hari ini, 8 Disember, satu detik sejarah yang mesti kita kenang dan ambil pengajaran sampai bila-bila supaya kita tahu penjajahan merupakan satu perkara yang akan menyebabkan kita terkebelakang dan ketinggalan dalam banyak aspek.

Jadi apakah detik bersejarah yang sangat penting itu? Teruskan membaca.

8 Disember 1941
Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu

Dalam tahun 1941,8 Disember, Tentera  Jepun  yang  diketuai  oleh Jeneral Takumi telah  mendarat  di  Pantai  Sabak  di  Kota  Bharu, Kelantan.  Pendaratan  ini  telah  menandakan  bermulanya  siri  penawanan  Tentera  Jepun  ke atas Tanah Melayu

Usaha  Tentera  Inggeris di  bawah  pimpinan  Brigadier  Kay  yang  mengetuai  28th Indian Infantry Brigade  dalam  mempertahankan Kota Bharu telah  menemui  kegagalan. 

Sebelum mendarat di Kota Bharu, Jepun telah menandatangani Perjaniian Persahabatan dengan Thailand yang membenarkan Jepun mendarat dan mara ke Tanah Melayu melalui Selatan Thai iaitu melalui Singgora dan Patani. 

Semasa serangan ini, pertahanan di Tanah Melayu tidak cukup bersedia dan Inggeris menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang Singapura melalui laut lalu menumpukan pertahanan di Singapura.

Sebaliknya tentera Jepun telah mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan. Sementara itu tentera Jepun dari Singgora dan Patani telah mara ke Kedah dan memecahkan pertahanan di Jitra dan Alor Setar.

Kedua-dua ketumbukan tentera Jepun ini telah bergerak ke arah selatan dengan pantasnya  berikutan itu Pulau Pinang jatuh ke tangan Jepun pada 17 Disember  1941  diikuti  oleh  Ipoh  pada  27  Disember  1941. 

Akhirnya  Jepun  menawan  Kuala  Lumpur pada 11 Januari 1942  dan berjaya  menakluki  seluruh  Semenanjung Tanah Melayu.

Sumber: Arkib Negara Malaysia
Hari Ini Dalam Sejarah: 8 Disember 1941 Hari Ini Dalam Sejarah: 8 Disember 1941 Reviewed by faizalnizam on December 08, 2010 Rating: 5

4 comments:

  1. Hm..sekarang ni masih menawan lagi bro..memang tak dinafikan..anime, manga, jpop,

    aku masih tertawan..

    ReplyDelete
  2. @tengkorakemas
    aku pun masih layan Dragon Ball bro. hehehe. dunia tanpa sempadan ni kita mesti maseh tertarik pada benda luar jugak.

    tp kalau yg nampak jelas sgt tak elok nya, yg tu kena cuba elakkan.

    tp kalo anime,manga, jpop tu takde masalah bro. :)

    ReplyDelete
  3. @Fyzal

    orait bro, ada buat koleksi ke?sekarang dvd orinya dah murah..dari harga dulu

    ReplyDelete
  4. @tengkorakemas
    takde buat collection pun bro.baca balik komik dia jer. hehehehe.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.