Widget Random Post No.

Kedewasaan Mengubah Perspektif

Dua tiga hari lepas saya terfikirkan sesuatu - tentang bagaimana kedewasaan mengubah perspektif kita. Ya sudah pasti kalian semua tahu fakta ini. Cuma soalnya pernahkah kita terfikirkannya dalam gambaran yang lebih besar?

Saya katakan kedewasaan mengubah pemikiran. Oleh hal yang demikian mana mungkin kita melihat perkara hari ini sama seperti 20 tahun yang lepas - walaupun perkara itu adalah perkara yang sama.

Jadi apakah sebenarnya yang ingin saya kongsi dalam entri ini? Semalam apabila ke Pekan Gerik (sekarang sudah dipanggil Bandar Gerik, tapi saya lebih sukakan panggilan "pekan"itu), saya terfikir bagaimana Gerik sudah terlalu banyak berubah.


Sehinggakan saya rasa sudah cukuplah bangunan yang naik di Gerik. Saya mahukan Gerik seperti dulu. Penuh dengan pokok-pokok rimbun menghijau di kiri dan kanan jalan. Itu bukannya menjadikan saya seorang yang tidak bersyukur, cuma saya rindukan suasana tenang yang dulu.

12 tahun lepas saya tidak berfikir seperti itu. 12 tahun yang lepas - yang ada di fikiran saya ialah - "boringnya tinggal kat Gerik ni, apa pun takde".. 12 tahun yang lalu, saya terbayangkan betapa seronoknya tinggal di bandar besar yang ada serba-serbi - bangunan bangunan tinggi, pusat membeli belah yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Apabila saya menyambung pelajaran di Shah Alam, saya belajar kesesakan lalu lintas sesuatu yang menaikkan amarah saya. Saya mula terfikir bagusnya Gerik tiada kesesakan lalu lintas, tidak ramai orang. Tenang dan menenangkan.

Tetapi Gerik sekarang sudah semakin sesak. Bangunan sudah semakin banyak daripada pokok-pokok rimbun hijau. Bukan lagi Gerik 12 tahun yang lampau.

Perspektif saya berubah. Setelah meningkat ke kedewasaan, saya memahami perkara yang sama dalam konteks yang berbeza. Perubahan pemikiran bukan isu pendirian berubah kerana pendirian dan pemikiran berubah dengan sebab - salah satunya kerana kita menjadi dewasa.

Jadi bagaimana dengan anda? Ada perkara yang dulu anda faham dalam konteks yang berlainan tetapi sekarang anda memahaminya dalam konteks yang lain pula? Kongsikan di ruang komen jika tidak keberatan.


p/s: Saya mengambil tempat tinggal saya sebagai "objek". Jadi perspektif boleh berubah dalam banyak perkara disebabkan oleh banyak faktor.
Kedewasaan Mengubah Perspektif Kedewasaan Mengubah Perspektif Reviewed by faizalnizam on December 05, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. dulu masa sekolah aku rasa cerpen aku ayat dah sastera habis..bila baca balik sekarang aku rasa nak gelak je..(ok ke contoh ni?haha)

    hm..dulu aku pun rasa macm ko bro, sekarang bila Kuala Selangor semakin maju..memang sibuk jadinya..

    ReplyDelete
  2. @tengkorakemas
    sangat ok bro contoh tu. membuatkan aku teringat sajak2 aku. bila aku baca balik sajak2 yg aku tulis masa sekolah menengah dulu dan aku bandingkan dengan sajak2 aku tulis sekarang.. betapa hampehnya sajak2 aku yg dulu.

    tp masa aku tulis tu rasa dah puitis habis.. bila baca balik sekarang.. aku sendiri rasa nak gelak guling2 :D

    ReplyDelete
  3. bila dah dewasa, aku cuma rindu zaman2 jadi budak nerd kayuh basikal pegi sekolah. nangis bila kayuh basikal dan tiba-tiba hujan. rasa nak ponteng tapi abah mesti marah. masa tu aku pk. kenapa dah tau nak hujan abah tanak hantar aku.

    adik aku yg bongsu sekarang. pegi sekolah abah hantar. syoknya jadi budak zaman sekarang. tp bila aku pk balik. zaman aku dulu tetap paling best!.ya. kayuh basikal pegi sekolah kenangan yang best!

    ReplyDelete
  4. @nursarah puteri biru
    naik basikal pun okay :) kalau sekarang pun naik basikal takpa. jimat pun jimat :)

    tp kenangan zaman kecil2 memang banyak yg best cuma ada kenangan2 yang kita dah tak igt.

    ReplyDelete
  5. @Fyzal

    masih bersajak bro? pasti kali ni lebih puitis :)

    ReplyDelete
  6. @tengkorakemas
    yerp bro.. masih menulis puisi berdikit dikit.. ilham tidak hadir sejak akhir2 ni.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.