Widget Random Post No.

Kerana Senyummu Ku Gembira

Waktu saya menulis entri ini jam pada monitor ialah 11.11 malam. Malam-malam dingin begini enak juga jika berjiwa-jiwa sedikit. Sebelum ini saya ada berkongsi lagu Rozana dan Tiara.

Seperti yang saya katakan dulu, saya menyukai lagu-lagu yang ada padanya nama perempuan, lebih tepat jika dikatakan tajuk lagu itu sendiri menggunakan nama perempuan.

Jadi sudah tentu entri ini mahu bertujuan untuk berkongsi sebuah lagu lagi - dengan nama perempuan padanya. Saya tidak begitu jelas jika saya pernah ada kawan-kawan perempuan yang nama mereka Mawar, Kemboja, Dara, Melati atau Cempaka.

Maka sudah pasti pembaca-pembaca dapat mengagak lagu apakah yang ingin saya tampilkan kali. Inilah lagunya ::


NUR NILAM SARI - Wings feat Search

Pinjamkan sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
KAbus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Ku lupakan sengsara
Berapi kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir hidup melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh mungkin kalau nasib ku berbeza
Aku tak mampu
Menilaikan dikau

Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan
Kerana Senyummu Ku Gembira Kerana Senyummu Ku Gembira Reviewed by faizalnizam on December 09, 2010 Rating: 5

2 comments:

  1. Ehhh lagu “Azizah” tak minat kerrrr.... :)

    ReplyDelete
  2. @kak azie
    mesti la minat lagu tu. nt saya share kat blog ni :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.