Widget Random Post No.

Perpaduan Sebagai Satu Bangsa MALAYSIA

Perpaduan ummah akan menjadikan kita kuat, teguh dan mampu membangun dalam keadaan yang terbaik. Sayangnya, jika kita lihat dalam konteks negara kita hari ini, satu perkara "jahat" yang menghalang perpaduan ini ialah perbezaan pandangan politik.

Sudah tentu perbezaan pandangan politik merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan tetapi adalah tidak wajar jika perbezaan pandangan tersebut membawa kepada pemecahan ummah. Fitnah memfitnah sesama Muslim, memburuk-burukkan antara satu sama lain, dan berpecah belah.

Berpolitik secara matang adalah jalan terbaik dalam membina perpaduan ummah. Matang yang bagaimana? Saya sendiri tertanya-tanya apakah politik secara matang itu? Saya memahaminya dalam konteks pelaksanaan polisi atau dasar.

Andaikata polisi dan dasar itu tidak memenuhi keperluan dan kehendak rakyat, maka polisi dan dasar itulah yang mesti menjadi "center" kritikan, perdebatan dan cadangan-cadangan penambahbaikan. Bukan serangan secara peribadi.

Saya tidak mahu menulis panjang lebar tentang politk matang dan tidak matang. Titik penting dalam hal ini ialah kepentingan dalam membina perpaduan, bukan sahaja sesama Muslim dan sesama orang Melayu malah perpaduan kita semua sebagai bangsa Malaysia tanpa mengira aspek-aspek yang lain.

Pesanan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mesti diambil perhatian sebaik-baiknya dalam usaha membina perpaduan.


Jangan runtuhkan perpaduan: Agong

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini bertitah supaya rakyat Malaysia tidak meruntuhkan perpaduan yang dibina hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.

"Perancangan pembangunan negara pasti akan terbantut sekiranya perpaduan dan keharmonian rakyat tidak dipertahankan bersama," titah baginda pada sambutan Ma'al Hijrah 1432 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Baginda bertitah, negara akan terdedah kepada kemunduran dan kehancuran sekiranya masyarakat saling curiga mencurigai serta saling bertelagah.

"Adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi memastikan negara dalam keadaan aman dan berjaya untuk diwarisi oleh anak-anak kita nanti," titah baginda.

Seri Paduka bertitah, untuk mencapai perpaduan yang diidamkan bukanlah satu yang mudah dan semua pihak harus memainkan peranan dan membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.

Baginda bertitah, semua kaum haruslah saling memahami dan menghormati serta bertolak ansur demi keharmonian rakyat dan negara.

"Bagi umat Islam, binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata'ala," titah baginda.

Menyentuh mengenai peristiwa Hijrah, Tuanku Mizan bertitah peristiwa itu telah membawa perubahan dan transformasi positif pada sikap dan cara hidup umat Islam dan telah menggambarkan betapa perlunya pengorbanan dan usaha yang gigih dalam mencapai kejayaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Umat Islam perlu mengambil contoh golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan sendiri demi Islam, titah baginda.

Baginda bertitah, semua pengajaran ini akan tinggal dalam lipatan sejarah sekiranya "kita terus leka dan hanya berbangga dengan pencapaian umat terdahulu sedangkan kita sendiri tidak pernah berubah untuk mencapai kejayaan."

Baginda juga berharap rakyat Malaysia dapat sentiasa berusaha mengekalkan perpaduan di negara ini, dan bagi umat Islam turut menghayati tema sambutan Ma'al Hijrah tahun ini iaitu "1Malaysia, 1Ummah."

Seri Paduka turut menyarankan semua pihak, terutama agensi kerajaan dan sektor swasta supaya meningkatkan lagi program penghayatan nilai berteraskan tuntutan agama bagi melahirkan modal insan berintegriti tinggi. - BERNAMA
 
Perpaduan Sebagai Satu Bangsa MALAYSIA Perpaduan Sebagai Satu Bangsa MALAYSIA Reviewed by faizalnizam on December 07, 2010 Rating: 5

3 comments:

  1. Umat Islam kena bagi contoh perpaduan yang baik..ini tidak sesama Islam bermusuhan..mcm mana bangsa lain nak jadikan teladan..

    ReplyDelete
  2. So, thats y i hate politik..
    perpecahann semua tuu

    Da follow balik. tengs follow PINKEd
    hehe
    drop by slalu..

    btw nice info u have there


    Interesting facts about JAPAN!
    Main GULI dalam telinga

    ReplyDelete
  3. @tengkorakemas
    betul tu bro.. yg penting kena realisasikan perpaduan sesama Islam dulu.

    @anisa
    salam maal hijrah juga.

    @pinqib
    politic is okay if we make it right way :)

    thanks. keep coming ok.

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.