Widget Random Post No.

Sibuk Tahap Apa Entah

Sibuk sibuk dan sibuk. Itulah tiga perkataan untuk mencirikan kehidupan saya dalam seminggu ini. Jangan kata mahu menulis entri baru, mahu menonton perlawanan bola sepak pun sudah tiada masa.

Isnin, kelas tamat pada 1030 malam. Bayangkanlah kepenatannya - dari 8 pagi hingga ke 1030 malam berada di Fakulti. Subjek pula sukar-sukar belaka. Tugasan pun sangat mencabar. Masa tidak banyak.

Yang baru follow blog saya, berikan saya sedikit masa untuk menjengah blog kalian. Buat masa sekarang saya masih cuba-cuba untuk mencuri masa.

Dua hari lepas. deman - mungkin sebab terkejut. Seminggu ini saya sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran dan cara hidup yang baru - kehidupan yang seolah olah tiada "social life". Tetapi ini jalan yang saya pilih maka saya mesti tempuhi juga.

Buat rakan-rakan blogger yang kerap bertandang ke sini, saya harap kalian faham mengapa saya tidak ke blog kalian sejak akhir-akhir ini. Kesibukan benar-benar mencengkam saya. Tetapi saya rindu kalian semua.
Sibuk Tahap Apa Entah Sibuk Tahap Apa Entah Reviewed by faizalnizam on January 10, 2011 Rating: 5

10 comments:

  1. kopi. redoxon. megi dalam cawan.

    benda wajib sorok bawah meja masa buat attachment dulu. macam mahu mati penatnya!

    saya sangat faham keadaan saudara sekarang. bertahanlah! hahahaha...

    ReplyDelete
  2. owhh. aku kehilangan rakan texting aku. baru ingat nk buat laporan polis. kot2 lah kau hilang. rindu! =) tunggu aku mai sana naaaa.

    ReplyDelete
  3. aku telah melalui zaman itu...hoho...bertahan2...

    ReplyDelete
  4. Faham. Memang rata2 student yang balik ke kampus semua sibuk semacam. Anak Kak Azie sampai nak balas sms pun tak sempat. Amboiiiii...

    ReplyDelete
  5. its okay bro, aku pun sibuk juga..dan kalau ada rezeki mesti aku jadi lebih sibuk dari ko huhu

    ReplyDelete
  6. owh pengorbanan tu penting bro...

    ReplyDelete
  7. gud luck, bro
    aku pun tgh demam selsema..huhu

    ReplyDelete
  8. laaa semua orang bz ke...hih habis lah i x ada kawan...=(

    ReplyDelete
  9. sibuk itu biasa jika kita bergelar pelajar. =)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.