Widget Random Post No.

Keputusan Kontest Akan Diumumkan Pada Bila - Bila Masa

Kontest pertama saya anjurkan "Yang Termanis dan Terpahit" berakhir pada 15 Januari yang lalu. Dan seperti yang dijanjikan keputusan akan diumumkan pada hari ini 1 Februari 2011. Walaupun begitu saya tidak menetapkan masanya. Maka ia akan diketahui pada bila-bila masa pada hari ini 1 Februari.

Disebabkan kesibukan saya, maka cuti satu minggu ini barulah saya ada sedikit masa untuk blog. Maka saya baru sahaja selesai membaca semula semua 19 entri dan menilai semua entri tersebut. "Top Three" sudah disenarai pendek, tetapi saya masih perlukan sedikit masa untuk betul-betul menilai yang tiga itu.

Kontes ini sekadar suka-suka, jadi saya harap tiada "hard feeling" sesama bloggers. Kepada pemenangnya nanti, tahniah dan kepada yang tidak berjaya, masih banyak kontes anjuran blogger-blogger yang boleh disertai. Kontes "Yang Termanis dan Terpahit" ini lebih bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi pengajaran.

Diharapkan rakan-rakan blogger bersabar. Saya akan cuba umumkan pemenangnya sebelum 12 tengah malam ini.

Selamat berhari Selasa. Tahun Baru Cina pun semakin hampir, maka selamat bercuti :)

Update at 2 pm: Saya terpaksa berpergian hari ini. Maka jika saya tidak sempat mengumukan pemenang pada hari ini. Saya umumkan esok hari 2 Feb. Maaf atas segala kesulitan. 
Keputusan Kontest Akan Diumumkan Pada Bila - Bila Masa Keputusan Kontest Akan Diumumkan Pada Bila - Bila Masa Reviewed by faizalnizam on February 01, 2011 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.