Sepanjang aku hidup, aku tak pernah lagi jumpa manusia yang tiada kawan [mungkin ada tapi aku tak pernah jumpa]. Aku tak tahu kalau ada blogger yang pernah tulis pasal hal ini iaitu fasal mengenali hati budi kawan-kawan. Apa yang kalian akan baca seterusnya mungkin abstrak dan tidak menuju point-point tertentu.
Bila masuk tempat baru dan baru nak buat kawan-kawan baru - mahu kenal hati budi orang memang bukan mudah. Kadang-kadang manusia-manusia yang secara lahiriah kita tengok macam boleh buat kawan, tidak berapa lama kemudian baru kita tahu perangai dia macam haram jadah.
Sebaliknya orang yang mula-mula kita kenal macam sombong dan tak peramah, sebenarnya itulah orang yang kita boleh buat kawan dan boleh jadi kawan sebenar. Ini macam hal first impression. Lama dulu aku pernah tulis pasal tanggapan pertama atau orang putih panggil first impression [boleh klik sini kalau terasa nak baca pasal tanggapan pertama itu].
Kawan yang kita dah kenal lama pun belum tentu kita kenal dia secara total hati budi diaorang. Sebab manusia semua ada rahsia sendiri. Tapi kalau kawan yang bagus, kita kena respect kawan kita punya rahsia. Kalau kita tahu rahsia dia mesti mahu simpan elok-elok. Kawan sebenar tegur kita kalau kita buat salah atau ada khilaf. Dari situ salah satu cara kita boleh tahu hati budi kawan-kawan [aku mahu berterima kasih kepada kawan-kawan aku yang selalu tegur aku bila aku silap atau bila aku emo tak tentu hala].
Maka aku jadi sikit excited bila aku baca satu entri Lucifer tuan punya blog 6ratus6puluh6.blogspot.com apabila Lucifer meng"analogi" kawan seperti tilam, dan ditulis seperti berikut ::
Aku pening sikit tengok gambarajah yang Lucifer letak dalam entri tapi basically aku boleh fahamlah mesej yang nak disampaikan dalam entri berkenaan. Maka sekarang kalau ada masa aku observe kawan-kawan aku. Bukan aku judgmental, prejudice and bias, cuma aku nak cuba belajar behavior diaorang. Mana yang elok aku mahu ambil jadi teladan yang tak elok jadi sempadan. Tapi tengok luaran belum cukup untuk kenal hati budi kawan-kawan.

pendek kata, kawan sebenar ini macam tilam, kita penat atau kita terjatuh, tiba-tiba ada tilam kat depan yang empuk muncul menjadi alas kita. dan tak semestinya bantuan yang kita dapat, kita akan dapat membalas jasanya, tapi sebaliknya, orang lain pulak yang perlukan bantuan kita dan kita hulurkan, orang itu pulak akan tolong orang lain. dan kitaran hidup pun berputar alam, siapa tahu kan, ia macam konsep MLM, yang mula-mula menyebarkan pertolongan itu mendapat catatan Raqib yang paling banyak? yang penting, ikhlas.
[entri penuh klik sini]
Aku pening sikit tengok gambarajah yang Lucifer letak dalam entri tapi basically aku boleh fahamlah mesej yang nak disampaikan dalam entri berkenaan. Maka sekarang kalau ada masa aku observe kawan-kawan aku. Bukan aku judgmental, prejudice and bias, cuma aku nak cuba belajar behavior diaorang. Mana yang elok aku mahu ambil jadi teladan yang tak elok jadi sempadan. Tapi tengok luaran belum cukup untuk kenal hati budi kawan-kawan.
Kenal Hati Budi Bukan Kerja Senang
Reviewed by faizalnizam
on
April 06, 2011
Rating:

what about me bro?hehe
ReplyDelete