Widget Random Post No.

Menulis Kerana Trafik? Fak!!

Aku sudah membaca di merata-rata blog perihal trafik dan trafik dan trafik lagi. (Saya sedang berkira-kira menukar ganti diri pertama daripada "saya" kepada "aku", walaupun begitu keputusannya belum konklusif).

Dunia blog ini siapa yang tidak mahu traffik tetapi aku yakin (sebab aku sudah baca) ada blog-blog yang ditulis atas dasar semangat blogging sebenar - iaitu berkongsi pandang dan pemikiran yang kritikal-kritikan supaya orang-orang kita buka mata buka minda dan melihat sesuatu perkara dalam gambaran yang lebih besar dan daripada persektif berbeza.

Aku juga mahukan trafik, kerana jika tiada trafik siapa yang mahu membaca entri yang di"titikpeluh"kan. Tetapi kita salah jika menulis kerana trafik - contohnya "Sahaja aku menulis entri blog ini kerana mahu trafik ribu-riban setiap hari" - itu tidak kena - niat tidak menghalalkan cara tapi niat dah salah, maka secara autonya cara pun kebarangkalian tinggi untuk jadi salah.

[aku tulis entri ni waktu petang, tiba-tiba habis idea, so malam aku sambung]

Aku respek dengan blogger-blogger yang menulis ada point - point pulak kena setempek kat muka-muka orang yang berkenaan. Asal benda betul aku tak kesah, itu memang bagus. Aku rasa blogger-blogger macam tu letak traffik mungkin tempat bawah-bawah, yang penting mesej manfaat sampai pada pembaca. Jadi pembaca kena buka minda - yang elok-elok walau penuh satira, ambil sebagai pengajaran.

Bila cara penulisan "improve" trafik datang secara tak langsung. Kalau tak tinggi mana pun tetap ada - yang penting tulisan yang bagus itu dibaca - bila bagus, orang akan share samada di FB mahupun Twitter atau yang seumpama dengannya.

[malam dah larut jadi sampai sini sahaja]

Nanti aku mahu tulis komentar pula pasal beberapa entri bagus yg aku baca di blog yang follower tak ramai tapi entri power.
Menulis Kerana Trafik? Fak!! Menulis Kerana Trafik? Fak!! Reviewed by faizalnizam on April 03, 2011 Rating: 5

3 comments:

  1. tido, tido... esok kelas... hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha sherah tulis kadang2 info nak share kadang2 pasal life. :) traffik kejar jugak.tapi i just nak share :)

    ReplyDelete
  3. Please Fyzal, jangan pernah jadi tipikal.

    :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.