Widget Random Post No.

Sarawak Oh Sarawak

Selain  cerita terjun dari pejabat SPRM dan kisah jam tangan Omega, perkara lain yang sedang hangat sekarang ialah Pilihanraya Negeri Sarawak. Aku yakin blogger-blogger politik sekarang tengah kencang menulis pasal hal ini [aku dah lama tak baca blog politik sebab aku tak banyak masa]. Blogger semi-politik pun barangkali ada tulis juga.

[dengar cerita polis sudah dapat mengenal pasti "brader" dalam video tersebut dan aku tertanya-tanya kalau-kalau identitinya akan didedahkan]

Iklan di kaca TV pasal Sarawak sekarang. Bukan aku hasad dengki tunjuk iklan tentang Sarawak cuma terlalu obvious sebab bila nak pilihanraya baru nak tunjuk macam-macam pasal Sarawak. Aku yakin orang Sarawak pun mesti sedar tentang itu.

Aku belum pernah sampai Sarawak. Di universiti sekarang aku ramai kawan-kawan dari Sarawak. Serious, aku suka berkawan dengan mereka dan kalau ada perbezaan fahaman politik pun, itu bukan masalah kepada kami. Kita berkawan bukan hanya sebab kau dan aku dalam parti sama [berkawan hanya sebab parti sama, itu bullshit].

Berbalik hal pilihanraya. Bila mahu pilihanraya barulah macam-macam iklan itu dan ini di TV dan promosi itu dan ini di surat khabar. Kalau bukan pilihanraya pun, boleh buat juga, apa masalahnya. Jangan nampak sangat bagi keutamaan bila pilihanraya sahaja. Silap-silap orang Sarawak pun boleh kecil hati.

Apapun selamat mengundi kepada semua orang Sarawak [tanda-tanda pilihanraya umum macam dah nampak].
Sarawak Oh Sarawak Sarawak Oh Sarawak Reviewed by faizalnizam on April 15, 2011 Rating: 5

2 comments:

  1. bg aku, rancangan tentang sarawak tu biar sedikit asalkan konsisten, jadi maklumat dapat dihadam dengan baik..yg aku risaukan tujuan penerbitan hanya utk politik dan bukan ilmu pengetahuan am..

    ReplyDelete
  2. setuju.. kat tivi skang tiba tiba jer sibuk sal sarawak.. kita pun jadi tak faham..bukan lah apa, cuma macam pelik la.. sebelum ni tak pulak ada kan?? seolah olah stesen ni di bayar.. ehmm..

    ni hnya pndgn saya :)

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.