Widget Random Post No.

Yang Elok Ambil Buat Pengajaran | Yang Haram Jadah Buang Jauh-Jauh

Akhir-akhir ini aku usaha buka akal meluaskan bahan bacaan blog pelbagai rasa. Dari blog famous glamour entri biasa biasa sampailah blog biasa-biasa entri ada makna. [disclaimer] Ini bukan hasty generalization, ini cuma rough observation. Jangan salah interpret.

Aku ada seorang kawan, blog dia kawan-kawan sahaja baca tetapi entri dia buat aku berfikir. [dia tak bagi aku promote blog dia], jadi aku respek privasi dia.

Aku singgah beberapa blog malam semalam. Baca-baca entri, tapi aku tak tulis komen sangat. Sambil-sambil itu aku berfikir, wujudkah prinsip "semangat blogging sebenar"? Kalau ada apakah definisinya yang sebenar? Sebabnya apabila aku jalan-jalan blog, aku memang sedar ada blogger-blogger tertentu seolah-olah dalam "perang" dengan blogger-blogger tertentu yang lain.

Tapi aku yakin dan percaya itu senario biasa. Sifat manusia, kalau tiada konflik sesama manusia lain memang tidak sah. Dunia blog sama sahaja dengan dunia luar kita ini. Tapi aku takkan kata yang itu salah dan yang ini betul dalam entri ini. Masing-masing ada prinsip sendiri. Selagi kau berdiri atas prinsip kau itu dan yakin, then go on, apa ada hal.[dengan syarat prinsip kau tu betul dan eloklah, bukannya yang bukan-bukan].

Judgmental, prejudice, bias. Aku rasa manusia memang dilahirkan dengan tiga sifat ini. Jangan kata kau tidak ada tiga sifat ini sebab kau manusia bukan malaikat. Dunia blog pun ada 3 benda ini. Jadi kenapa nak "sentap"? Benda mudah sahaja, kalau baik ada pengajaran kau ambil, kalau "sampah" kau biarkan sahaja takpun kau kutip buang dalam tong sampah.

Manusia, semua ada buat salahlah brothers and sisters sekalian. Tak semestinya apa yang seseorang blogger tulis itu semua betul dan semua salah. Kalau manusia semua betul takpayahlah ada malaikat sebelah kiri tu kan? Sebab manusia ini buat dosa dan pahala lah sebab itu satu jaga kanan satu jaga kiri. Esok bila mati dan bila dah sampai kat Padang sana, kita akan ditanya semuanya termasuklah apa yang kita tulis. Cuak kan?
Yang Elok Ambil Buat Pengajaran | Yang Haram Jadah Buang Jauh-Jauh Yang Elok Ambil Buat Pengajaran | Yang Haram Jadah Buang Jauh-Jauh Reviewed by faizalnizam on April 08, 2011 Rating: 5

1 comment:

  1. betul bro, dan masa tu tak sempat nak susun jawapan dah, tapi tangan yang menjawab..

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.