Barangkali sudah jadi lumrah manusia menjadi sangat bijak apabila melakukan perkara yang bukan-bukan. Aku tidak pasti samada ini cara baru golongan pengedar dadah menyeludup dan mengedar dadah-dadah mereka.
Serius, aku tidak pernah terfikir mereka seludup dadah dalam ubi kayu dan keledek. Itu memang kreatif. Kekreatifan itu barangkali patut diberi sedikit kredit. Tetapi mungkin juga belum cukup kreatif sebab kalau dah cukup kreatif masakan tetap "kantoi" dengan polis.
[p/s: Aku tak faham pencuri yang rembat laptop saja tapi adapter yang ada depan mata dia pun dia biarkan]
[p/ss: Tolong pulangkan hard disk aku pun cukuplah]
SHAH ALAM: Polis berjaya menggagalkan kegiatan satu sindiket jenayah yang cuba membawa masuk dadah ke dalam negara dengan cara menyembunyikannya di dalam ubi kayu dan ubi keledek, dalam dua rampasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini sejak dua hari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik baru itu dikesan selepas polis menahan dua lelaki warga Nigeria, masing-masing pada Sabtu lalu dan pagi ini di KLIA, sebaik sahaja mereka tiba dengan penerbangan dari Lagos, Nigeria.
[sumber]
Serius, aku tidak pernah terfikir mereka seludup dadah dalam ubi kayu dan keledek. Itu memang kreatif. Kekreatifan itu barangkali patut diberi sedikit kredit. Tetapi mungkin juga belum cukup kreatif sebab kalau dah cukup kreatif masakan tetap "kantoi" dengan polis.
[p/s: Aku tak faham pencuri yang rembat laptop saja tapi adapter yang ada depan mata dia pun dia biarkan]
[p/ss: Tolong pulangkan hard disk aku pun cukuplah]
Dadah Dalam Ubi Kayu dan Keledek
Reviewed by faizalnizam
on
May 16, 2011
Rating:
ubi pon jadi mangsa kena sumbat
ReplyDeletekalau letak dalam teddy bear agak2 lepas tak?
ReplyDeleteanyway congrats convo Rabu nih :D skang konvo diorg wat laju mcm unifi. =..=''
p/s: tolong pulangkan lappy, hp dan purse aku pun cukup la ;p
baca dalam paper jugak. Sebenarnya kalau dah bangsa kulit hitam masuk negara kita ni, memang awal-awal lagi akan dikawal ketat.
ReplyDeleteoh bro..aku notice something..laptop kena curi ke..aduh..
ReplyDeletesekarang ni orang akan lakukan apa saja utk jadi kaya, dlm ubi pun bole buat , klu guna idea kreatif mereka dijalan kebaikkn kan lebih elok..pasni hukum gantung,da abis riwayat yg singkat..
ReplyDelete