Widget Random Post No.

Nation: Diludah Dalam Mulut, Ketuk Ketampi 200 Kali

Menghukum adalah salah satu kaedah mengajar. Benar, tetapi cara hukuman bukan boleh sembarangan lebih-lebih apabila menghukum pelajar.

Dan tindakan seorang penyelia asrama di Kepala Batas menghukum pelajar berumur 13 tahun dengan cara yang tidak sewajarnya mungkin boleh merosakkan reputasi dan nama sekolah dan semestinya menimbulkan kemarahan ibu bapa.

Barangkali ibu bapa pelajar itu perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Manakala pihak sekolah pula sepatutnya mengambil tindakan disiplin ke atas penyelia tersebut. Walau bagaimanapun siasatan menyeluruh mesti diadakan bagi memastikan kebenaran kejadian ini.

KEPALA BATAS: Gara-gara berbual dengan rakan, seorang pelajar sebuah sekolah agama bantuan kerajaan dekat sini, bukan saja ditampar pipinya dan diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 200 kali, malah mendakwa diludah ke dalam mulut sebagai hukuman.

Hukuman dianggap keterlaluan itu didakwa dilakukan penyelia asrama sekolah di Lahar Minyak, dekat sini, pada jam 11 malam, 10 Februari lalu.

Berikutan tindakan luar batasan itu, bapa pelajar berkenaan, Helmi Ismail, 37, dari Permatang Kuang, di sini, kesal dengan hukuman penyelia asrama terbabit.

Sumber: MyMetro 
Nation: Diludah Dalam Mulut, Ketuk Ketampi 200 Kali Nation: Diludah Dalam Mulut, Ketuk Ketampi 200 Kali Reviewed by faizalnizam on February 20, 2012 Rating: 5

1 comment:

  1. pergh..macam ni pun ade bro...ape nak jadi dah ni kan..ish.ish

    ReplyDelete

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.