Widget Random Post No.

Ahmad Yang Dilagukan

Sudah agak lama saya tidak menulis entri berbahasa Melayu. Kali ini saya tulis kerana tiba-tiba saya terfikir untuk menulis tentang Ahmad. Dalam beberapa hari ini kerap saya mendengar lagu Ahmad oleh Arora Salwa di corong radio. Saya mencari-cari bila agaknya lagu Ahmad ini dicipta dan mula popular. Jika tidak silap saya sekitar tahun 2011.

Pada saya, Ahmad pasti gembira dipuja dalam lagu sebegitu. Semasa saya menulis berkenaan Ahmad (Ahmad Bicara Tentang Cinta) sekitar  September 2010, saya pasti Ahmad langsung tidak menyangka beberapa ketika kemudian akan ada lagu tentang dirinya, tentang Ahmad.

Tetapi Ahmad, di Malaysia, pada saya secara peribadi, sudah dikenali lama dulu, lama sebelum lagu Ahmad dihasilkan dan dipopularkan oleh Arora Salwa, lama sebelum saya menulis entri pertama tentang Ahmad, iaitu ketika Ahmad dalam perjalanan ke Chemor, jika kalian masih ingat?

Ahmad boleh jadi sesiapa saja. Jika dalam lagu itu Ahmad dikatakan oleh Salwa sebagai Idola dan Superstar yang mengetarkan ranah jiwa - itu cuma pada Salwa sahaja. Orang lain tidak kenal pun siapa Ahmad dan Ahmad mana yang dimaksudkan. Ahmad yang tulis dahulu, cuma seorang "sahabat" saya, yang ada berkongsi-kongsi kisah hidup dan hati. Dia bukan sesiapa. Dia cuma lelaki yang berjalan atas Bumi ini dengan izin Tuhannya dan dia akan mati, nanti, pasti.

Tetapi sebelum matinya Ahmad, banyak yang perlu dilakukannya. Ahmad ada menghantar satu sms kepada saya, beberapa ketika dulu. Tulis Ahmad, "Ah lagu Ahmad itu cuma ciptaan seorang penulis lagu dan nyayian seorang penyanyi wanita. Pada aku, itu bukan refleksi hakikat kehidupan. Hidup bukan seindah nyanyian lirik-lirk lagu.".
Ahmad Yang Dilagukan Ahmad Yang Dilagukan Reviewed by faizalnizam on September 21, 2012 Rating: 5

No comments:

appreciating your feedback and response!

Post Counts

Powered by Blogger.