Segala puji bagi Allah yang merahmati kita dengan usia yang panjang untuk bertemu sekali lagi dengan Syawal tahun ini. Doa kita semoga Allah memanjangkan usia kita untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun-tahun akan datang.
Dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri ini, jangan kita lupa ujian-ujian yang menimpa dalam tahun 2014 ini. Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi umat Islam amnya dan rakyat Malaysia khususnya. Syria yang berdarah dan Palestin yang menderita adalah cabaran paling nyata bagi umat Islam tahun ini. Kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak adalah ujian hebat bagi Malaysia dan rakyat Malaysia.
Saya memerhatikan masalah orang-orang kita dalam isu-isu. Mengeji dan mengutuk Israel sememangnya perkara yang mesti kita lakukan. Tetapi menuding jari sesama kita untuk mencari siapa yang salah tentang wujudnya ketidakpeduliaan dalam hal Palestin, sebagai contoh, bukanlah satu tindakan yang bijak.
Dalam khutbah Aidilfitri pagi ini di masjid di kampung saya, membicarakan tentang penderitaan Palestin, tentang kepentingan berjemaah dan kepentingan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Islam. Kekuatan kita orang Islam terletak kepada perpaduan. Malangnya Malaysia hari ini, kita bertelingkah atas sebab perselisihan dalam perkara-perkara yang bukan asas.
Oleh itu sempena Syawal yang mulia ini, bersama-sama kita mengeratkan semula tali persaudaraan. Kita naik saksi bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya. Tauhid kita sama. Syahadah kita sama. Kita bertuhankan Allah yang Maha Esa. Kita bernabikan Muhammad SAW. Kita semua dalam hal ini. Memang ada banyak perkara lain yang mana kita tidak bersefahaman, tapi wajarkah itu jadi alasan untuk kita berpecah belah?
Semoga Syawal kali ini menjadi titik tolak kepada Malaysia yang lebih baik - yang mana orang Islam di dalamnya bersatu. Manakala orang Islam dengan orang bukan Islam pula menghormati satu sama lain. InsyaAllah kita mampu lakukan.
Aidilfitri 1435 Hijrah kali ini sedikit berbeza bagi saya kerana ini adalah Aidilfitri terakhir saya sebagai orang bujang (InsyaAllah). Hujung tahun jika tiada aral melintang, sebuah masjid akan didirikan dengan izin Allah Ta'ala. Setiap orang ada masa silam yang gelap yang hitam dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat. Kita wajar terus melangkah ke hadapan membaiki diri semampunya.
Jemputan akan menyusul kemudian. Kami mungkin tidak mampu menghantar kad jemputan kepada semua kenalan. Oleh yang demikian akan ada kenalan yang akan menerima jemputan melalui Facebook atau saluran media sosial yang lain. Manakala untuk rakan-rakan blogger, saya maklumkan melalui blog ini nanti.
Akhir kalam. Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan mohon maaf zahir dan batin dari saya, Faizal Nizam dan keluarga.

![]() |
Keluarga Haji Fuad. Gerik. 1 Syawal 1435 Hijrah |
Salam Syawal Salam Aidilfitri Salam Ukhwah
Reviewed by faizalnizam
on
July 28, 2014
Rating:

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya bro.
Delete